Carian

Monday, October 15, 2012

Sistem Penguji Ketulenan Ijazah

SKUDAI – Imbas Arqis (Academic Record QR Information System) yang dibangunkan melibatkan kos RM100,000 di bawah geran penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk kesan ketulenan ijazah adalah  perisian pertama seumpamanya di dunia.

Bukan sahaja bakal dipasarkan di dalam negara, malah ciptaan terkini seorang penyelidik UTM, mampu takluki pasaran antarabangsa apabila dikomersialkan nanti.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, setakat ini, sebanyak empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sudah menunjukkan minat untuk mengguna pakai perisian tersebut di universiti masing-masing.

“Menerusi ciptaan ini, ia dapat mengesan kesahihan setiap sijil dengan mudah sekali. Kita juga yakin perisian ini mampu menarik minat khususnya kepada majikan yang khuatir dalam mencari pekerja baru.

“Dengan kredibilitinya, ia juga diyakini menjadi salah satu alternatif kepada penyelesaian isu ijazah palsu seperti yang pernah dilaporkan berlaku baru-baru ini," katanya kepada media, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dr Rose Alinda Alias dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein yang mencipta perisian itu.


Sementara itu, buat pertama kalinya, UTM telah mengaplikasikan inovasi tersebut pada majlis konvokesyennya yang berlangsung pada 13 sehingga 16 Oktober ini melibatkan 5,304 pelajar.

Mengulas tentang ciptaan itu, Muhammad Zaly Shah berkata, perisian berkenaan menggunakan kod bertindak cepat (QR) yang dicetak pada ijazah graduan dan dibangunkan bersama ‘Imbas Pembaca’.

“Para majikan yang berminat boleh mendapatkan perisian ‘Imbas Pembaca’ yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris itu dengan memuat turunnya secara percuma di laman web www.imbas.my/download mulai Selasa depan.


Nota: hehe..kantoi sudah sama yang nak menipu

1 comment:

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...