Carian

Wednesday, July 25, 2012

Hikmah Berpuasa Pada Otak

Assalamualaikum w.b.t

Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.
Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).
Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.
Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.
Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi

Tuesday, July 24, 2012

Mati Lepas 40 jam Main Game Diablo III


Taiwan – Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan.
Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.
Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya.
Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama.
Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.
Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer.
Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.

NOTA: Tengok kat gambar tu ada tertulis duduk yang terlampau lama boleh menyebabkan pembentukan darah beku dan akhirnya...................... 

Untuk berita lanjut, sila ke SINI

Monday, July 23, 2012

Cuepacs Gesa Kerajaan Naik Gred Gaji Guru


BAYAN BARU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menaikkan gred gaji guru yang telah tamat pengajian dalam bidang Ijazah sejak dua tahun lalu kepada DG41 secepat mungkin.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan gred gaji guru harus dilaksanakan segera bagi menjamin kualiti pendidikan pada masa hadapan.


Katanya, perkara ini tidak harus dipandang ringan berikutan guru menjadi tunjang utama kepada pelajar untuk mendidik dan mengajar di sekolah.

"Sekiranya isu ini dipertikai, ia akan memberi kesan negatif kepada kualiti pendidikan guru.

“Cuepacs akan cuba membantu para guru menangani masalah ini secepat mungkin kerana ia melibatkan perkhidmatan awam,” katanya pada sidang media di pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bayan Baru, hari ini.  

Omar berkata, penangguhan kenaikan gred gaji guru dianggap tidak adil kerana mereka telah berkorban masa dan wang ringgit untuk melanjutkan pelajaran demi menambah ilmu untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Katanya, Cuepacs belum pasti apakah masalah yang dihadapi oleh kerajaan sehinggakan terpaksa berbuat demikian.

“Kita akan meneliti dan berbincang dengan kerajaan untuk mengetahui apakah faktor utama menyebabkan guru tidak mendapat hak mereka,” katanya.

Sementara itu, Cuepacs amat mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberikan bonus kepada kakitangan awam sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kita ingin merasai nikmat pemberian bonus daripada kerajaan setelah dua tahun tidak menerimanya. Sebagai kakitangan awam, kita tidak mahu elaun yang diberikan sebulan dua kali iaitu RM500 pada awalnya dan selebihnya pada akhir bulan.

“Memandangkan keadaan ekonomi negara pada tahun ini baik, amat diharapkan Perdana Menteri dapat memberi bonus kepada semua kakitangan awam secara adil,” katanya.



SUMBER

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t



Sekejap jer masa berlalu datang dan pergi. Sekarang bulan Ramadhan yang dinantikan tiba dan hari ni merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia dan rata-rata orang Islam di seluruh dunia berpuasa. Namun, ada juga yang telah berpuasa semalam antaranya sebahagian penduduk di Indonesia, Palestin dan beberapa tempat yang lain. Apa-apa pun aku harap dengan kedatangan bulan mulia nih, aku dapat 'control' diri aku ni dari buat perkara-perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tarawikh yang tak berapa penuh tahun sudah, aku harap dapat la pegi selalu kali ni. Dalam kesempatan yang ada nih, aku pun nak mengajak rakan-rakan di luar sana untuk sama-sama mengimarahkan bulan mulia ini. Semoga kita sentiasa berada dalam kerahmatan dariNya. Selamat Berpuasa

Wednesday, July 18, 2012

QPR Belasah Sabah 5-0

Queens Park Rangers


KOTA KINABALU – Pasukan Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR) mengalahkan pasukan pilihan Sabah 5-0 dalam perlawanan persahabatan di hadapan kira-kira 20,000 penonton di Stadium Likas di sini Selasa malam.
Gol pertama QPR diperoleh menerusi Bobby Zamora pada minit ke-7 setelah menolak masuk bola dari jarak dekat selepas percubaan Wright Philip ditampan oleh penjaga gol Sabah.
Walaupun QPR melakukan beberapa lagi percubaan, keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama.
Pilihan Sabah turut melakukan beberapa serangan yang diketuai Titus Jhon, Londow Bonai dan Octavianus Maniani tetapi gagal menghasilkan gol.
Dalam separuh masa kedua, QPR berpesta gol pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Heider Helguson, Jay Bothroyd (minit ke-69) dan dua gol hasil jaringan Djibril Cisse (minit ke-73) dan minit ke-81).
Pengurus QPR, Mark Hughes menyifatkan perlawanan ini adalah baik dan memenuhi persiapan pasukannya untuk memulakan kempen liga bermula Ogos ini.
Di tanya sama ada pemain baru mereka Park Ji Sung akan dijadikan ketua pasukan skuadnya, beliau berkata ia belum diputuskan, tetapi merasakan menjadikan Park sebagai ketua pasukan untuk jelajah Asia sesuai untuk pemintanya di Asia.
QPR yang sedang dalam jelajah Asia akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai ini sebelum bertemu Persebaya Surabaya di Indonesia pada 23 Julai. – BERNAMA

Sunday, July 15, 2012

Sama-Sama Kita Doakan Adik Balqis

Balqis perlu dibedah segera

SHAH ALAM – Kos tambahan  RM6,200, pembedahan Nur Farah Athirah Balqis Razak, 3, yang menghidap penyakit jantung berlubang dan dua saluran injap jantung sempit,  kini telah mencukupi.

Ibunya, Zuleha Yahya, 44, berkata jumlah itu berjaya dikutip setelah kisah Balqis tersiar dalam Sinar Harian bermula pertengahan bulan lalu mendapat perhatian ramai.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diterima dapat membantu memulihkan Balqis seperti sedia kala.

“Walaupun kerap kali mengalami demam dan sering merengek kesakitan, penderitaan Balqis akibat penyakit yang terpaksa ditanggung itu akan berakhir,” katanya, semalam.

Zuleha berkata, anaknya itu sebelum ini mengalami demam yang berpanjangan kini beransur sembuh dan menunggu masa untuk rawatan susulan pada 1 Ogos ini.

Sebelum ini Balqis dijadualkan menjalani pembedahan di IJN pada 16 September depan dengan kos dianggarkan RM30,000.


NOTA : Alhamdulillah..semoga adik Balqis sihat hendaknya selepas ni..^_^

Wednesday, July 11, 2012

Dempsey Akan Ke Liverpool?

Clint Dempsey
Clint Dempsey dikhabarkan akan ke Anfield. Pelbagai sumber Inggeris dan Amerika mendakwa Dempsey begitu hampir dengan perjanjian dengan Liverpool selepas laman rasmi pasukan menyenaraikan pemain Amerika dalam jadual sebelum ia diambil kira. Selepas tahun cemerlang dengan Fulham, Dempsey mengekalkan matlamat untuk beliau telah berpindah ke kelab Liga Juara-Juara, dan ini dikukuhkan lagi apabila beliau tidak menandatangani kontrak baru dengan kelab semasa beliau (Fulham) apabila perjanjian dengan pasukan itu akan tamat pada musim yang akan datang. Akhbar Mirror dalam laporan harian lalu menyatakan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berharap untuk mengikat Dempsey dalam barisan sedia ada Liverpool dengan tawaran £ 7,500,000 walaupun pasukan itu tidak akan mengambil bahagian dalam liga Juara-Juara. Rodgers juga telah menyatakan minat terhadap penyerang AS Roma,  Fabio Borini untuk menambah 'cabaran'  kepada Andy Carroll.

Sunday, July 8, 2012

Selepas 50 Tahun, Rakyat Libya Keluar Mengundi



TRIPOLI/BENGHAZI – Penduduk Libya yang girang dengan sebahagiannya menitiskan air mata, berpisah dengan legasi Muammar Gaddafi semalam apabila mereka mengundi dalam pilihan raya umum bebas pertama yang diadakan dalam tempoh lebih 50 tahun.
"Sukar untuk saya menceritakan perasaan saya. Kami (rakyat Libya) membayar harga tinggi untuk kebebasan ini (pilihan raya),” kata Zainab Masri.
Bertugas sebagai seorang guru, Zainab, 50, ialah wanita pertama yang membuang undi di sebuah pusat mengundi di Tripoli semalam.
“Dua ahli keluarga saya mati semasa kebangkitan menentang Gaddafi. Saya yakin masa depan akan lebih baik buat Libya,” ujarnya.
Namun, di Benghazi dan beberapa bandar lain di selatan Libya, sebanyak 101 pusat membuang undi terpaksa ditutup buat sementara waktu semalam akibat perbuatan sabotaj.
“Terdapat 94 peratus pusat mengundi di Libya yang dibuka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Nuri Al-Abbar kepada wartawan di ibu kota Libya, Tripoli.
Menurutnya, proses membuang undi berlangsung di 1,453 daripada 1,554 pusat mengundi di seluruh negara.
“Sebahagian pusat mengundi tidak dibuka atas sebab keselamatan dan logistik,” ujar Nuri.
“Kami sedang menangani masalah ini dengan menghantar bahan mengundi ke pusat-pusat tersebut supaya orang ramai boleh mula mengundi,” tambahnya selepas lima jam proses mengundi bermula di Libya pada pukul 8 pagi.
Menurut Nuri, kebanyakan perbuatan sabotaj berlaku di timur Libya yang merupakan pusat kebangkitan rakyat Libya menentang Gaddafi pada tahun lalu.
Jelasnya, sebahagian penduduk rantau berkenaan yang kaya dengan minyak, menentang pilihan raya tersebut kerana mahukan pemerintahan autonomi.
Sekitar 3,700 calon bertanding pada pilihan raya berkenaan yang dinamakan pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional yang bertujuan untuk memilih 200 anggota dewan Parlimen sementara Libya.
Anggota dewan berkenaan ditugaskan untuk memilih seorang Perdana Menteri dan membentuk perlembagaan baharu sebelum pilihan raya Parlimen penuh diadakan pada tahun depan.
Antara parti politik yang dilihat berpeluang untuk menang dalam pilihan raya tersebut termasuk Parti Keadilan dan Konstruksi yang dinaungi pegerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan parti Al-Watan.
– Agensi

Thursday, July 5, 2012

Biarkan imaginasi mereka, tetapi....


Assalamualaikum w.b.t

Pernah suatu ketika aku menyertai program keluarga angkat yang gambar-gambar tu entah kat mana pun aku tak ingat. Tapi antara yang paling aku ingat ialah kanak-kanak di kampung tersebut yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang menakjubkan (jeng..jeng..jeng). Agak-agak la macam mana la diorang ni ubah basikal kan jadi 'superbike'. Cuba tengok bawah:
















Superbike

Reaksi 'bangga' aku


Nota: Kadangkala kanak-kanak perlu dibiarkan dalam mengembangkan imaginasi mereka khususnya ketika mereka bermain. Namun sebagai ibu bapa, kakak mahupun abang, kita perlu sentiasa mengawasi mereka agar tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Yang paling penting kita kena tahu yang bahawa kanak-kanak bawah umur mudah meniru sesuatu yang kita sering buat. Aku tak mau la hurai panjang lebar tentang 'Teori Pelaziman' sekarang. Macam-macam cerita tentang masalah sosial sekarang ni. Baru-baru ni aku ada baca berita pasal budak liwat kawan dia...yang lagi satu kes budak pompuan kena cabul dalam tandas. Salah cikgu ker (agak emosi skit) @ keluarga@ kawan @ persekitaran tempat tinggal?? Yang penting biarkan imaginasi POSITIF mereka dan dalam pada masa yang sama elakkan imaginasi NEGATIF dari menular menjadi tabiat dalam diri mereka. 
















Sunday, July 1, 2012

Ku Sangkakan Gadis, Rupanya Nenek

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar hiasan..hehehe
KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek.

Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

"Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," katanya.




NOTA : Nenek pun kena. Aku rasa kena ada peraturan ketat buat manusia macam kes ni. Contoh, rotan mereka ni depan khalayak ramai. Baru la timbul rasa tak nak buat jahat dalam diri orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...