Carian

Wednesday, July 18, 2012

QPR Belasah Sabah 5-0

Queens Park Rangers


KOTA KINABALU – Pasukan Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR) mengalahkan pasukan pilihan Sabah 5-0 dalam perlawanan persahabatan di hadapan kira-kira 20,000 penonton di Stadium Likas di sini Selasa malam.
Gol pertama QPR diperoleh menerusi Bobby Zamora pada minit ke-7 setelah menolak masuk bola dari jarak dekat selepas percubaan Wright Philip ditampan oleh penjaga gol Sabah.
Walaupun QPR melakukan beberapa lagi percubaan, keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama.
Pilihan Sabah turut melakukan beberapa serangan yang diketuai Titus Jhon, Londow Bonai dan Octavianus Maniani tetapi gagal menghasilkan gol.
Dalam separuh masa kedua, QPR berpesta gol pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Heider Helguson, Jay Bothroyd (minit ke-69) dan dua gol hasil jaringan Djibril Cisse (minit ke-73) dan minit ke-81).
Pengurus QPR, Mark Hughes menyifatkan perlawanan ini adalah baik dan memenuhi persiapan pasukannya untuk memulakan kempen liga bermula Ogos ini.
Di tanya sama ada pemain baru mereka Park Ji Sung akan dijadikan ketua pasukan skuadnya, beliau berkata ia belum diputuskan, tetapi merasakan menjadikan Park sebagai ketua pasukan untuk jelajah Asia sesuai untuk pemintanya di Asia.
QPR yang sedang dalam jelajah Asia akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai ini sebelum bertemu Persebaya Surabaya di Indonesia pada 23 Julai. – BERNAMA

2 comments:

  1. Teruk gak kena belasah..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbezaan level antara liga kita ngan diorang kt luar negara. Jadikan batu loncatan untuk pemain kita berusaha lebih baik..=)

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...