Assalamualaikum w.b.t
Pernah suatu ketika aku menyertai program keluarga angkat yang
gambar-gambar tu entah kat mana pun aku tak ingat. Tapi antara yang paling aku
ingat ialah kanak-kanak di kampung tersebut yang kreatif dalam
menghasilkan sesuatu yang menakjubkan (jeng..jeng..jeng). Agak-agak la macam mana la diorang ni ubah basikal kan jadi 'superbike'.
Cuba tengok bawah:
Reaksi 'bangga' aku |
Nota: Kadangkala kanak-kanak perlu dibiarkan dalam mengembangkan imaginasi mereka khususnya ketika mereka bermain. Namun sebagai ibu bapa, kakak mahupun abang, kita perlu sentiasa mengawasi mereka agar tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Yang paling penting kita kena tahu yang bahawa kanak-kanak bawah umur mudah meniru sesuatu yang kita sering buat. Aku tak mau la hurai panjang lebar tentang 'Teori Pelaziman' sekarang. Macam-macam cerita tentang masalah sosial sekarang ni. Baru-baru ni aku ada baca berita pasal budak liwat kawan dia...yang lagi satu kes budak pompuan kena cabul dalam tandas. Salah cikgu ker (agak emosi skit) @ keluarga@ kawan @ persekitaran tempat tinggal?? Yang penting biarkan imaginasi POSITIF mereka dan dalam pada masa yang sama elakkan imaginasi NEGATIF dari menular menjadi tabiat dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi