Ibunya, Zuleha Yahya, 44, berkata jumlah itu berjaya dikutip setelah kisah Balqis tersiar dalam Sinar Harian bermula pertengahan bulan lalu mendapat perhatian ramai.
“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diterima dapat membantu memulihkan Balqis seperti sedia kala.
“Walaupun kerap kali mengalami demam dan sering merengek kesakitan, penderitaan Balqis akibat penyakit yang terpaksa ditanggung itu akan berakhir,” katanya, semalam.
Zuleha berkata, anaknya itu sebelum ini mengalami demam yang berpanjangan kini beransur sembuh dan menunggu masa untuk rawatan susulan pada 1 Ogos ini.
Sebelum ini Balqis dijadualkan menjalani pembedahan di IJN pada 16 September depan dengan kos dianggarkan RM30,000.
NOTA : Alhamdulillah..semoga adik Balqis sihat hendaknya selepas ni..^_^
Kita doakan agar adik Balqis cepat sembuh
ReplyDeleteInsyaAllah
Deletesemoga cpt sembuh dik dgn rawatan nnt..
ReplyDeleteInsyaAllah
Delete