Hasrat sepasang suami isteri untuk menoreh getah tidak kesampaian, apabila pasangan itu maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Kampung Palong 13, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Ismail Amin, 55, maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Siti Hendon Andang, 50, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Gugusan Palong 9, dekat sini.
Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai dalam perjalanan dari Felda Palong 13 menuju ke Palong 10.
‘‘Hasil maklumat orang awam, sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tidak dapat mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal jenis Suzuki RC100 yang dinaiki kedua-dua mangsa berkenaan.
‘‘Mangsa telah digilis dan pemandu tersebut yang cemas dengan kejadian tersebut telah bertindak melarikan diri,” katanya di sini, semalam.
Menurut Mohd. Sabri, pihaknya berusaha untuk menjejaki pemandu lori terbabit dan kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
‘‘Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat dan kita meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 06-4583449,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, mangsa yang berstatus penduduk tetap itu telah meninggalkan tiga orang anak perempuan iaitu Liahisma Tusdiana,22, Lilipitriama, 19, serta Julai Normalah, 13.
Sementara itu, Liahisma ketika ditemui berkata, dia ada menghubungi ibunya dua hari yang lalu.
‘‘Saya mengadu bahawa tangan saya sakit. Ibu suruh saya segera pulang ke Palong untuk berubat.
‘‘Tetapi apabila saya beritahu akan pulang ketika perayaan Deepavali, ibu cakap, cepat balik ke Palong takut tidak sempat berubat,” jelas anak sulung pasangan tersebut yang kini menuntut di Institut Perguruan Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Manakala, adiknya, Lilipitriama pula memberitahu, bapanya ada berkelakuan aneh sebelum terlibat dengan nahas tersebut.
‘‘Semalam saya ada berjumpa dengan arwah ayah. Oleh kerana saya tinggal bersama ibu angkat saya, ayah bekalkan petai buat saya. Ayah cakap ini petai yang terakhir.
“Ibu pula memeluk saya dengan erat. Semalam saya lihat ibu sangat gembira. Kini mereka sudah tiada,” katanya dalam nada sebak.
Jenazah pasangan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Palong 12, dekat sini.
Nota : Takziah buat keluarga arwah Ismail Amin dan Siti Hendon Andang. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin...Buat kita yang masih mempunyai ibu dan ayah, sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka.
Carian
Friday, September 30, 2011
Manusia Oh Manusia
Mlm ni just nak share pengalaman aku yang skrng ni dh mula bekerja part time..Sem ni pun x busy mana, so aku ambik peluang nih untuk mencari pengalaman sambil cari duit poket skit. Sepanjang 2 minggu dh aku keje , macam-macam ragam manusia ada...kalau yang bagus tu ok la..aku respect sangat-sangat.
Opss...lupa lak bagi tau..aku keje sebagai pelayan restoran atau dalam Bahasa Inggeris nyer ' waiter'. Di takdirkan malam tu aku terpaksa serve makanan kt satu family nih. Orang kaya la kot.Si mak memanggil aku dengan muka berkerut seribu. Maka terhasil la dialog di bawah:
Si Mak :Ni apa nih cili padi, kicap dengan sos x der!!
Aku: Ok, puan. Saya akan ambilkan.
( Seminit lepas tu)
Aku: Ini pesanan yang puan mintak.
Si Mak:.............................. (terima kasih pun tak kata)
Kemudian, yang bapak la buat muka x puas hati..ntah apa lak yang dia merungat kat teman seperjuangan aku. Aku x perasan lak. Kemudian, yang 'Mak' lak dengan selambanyer." Tolong tutup yer lagu tu. Kami x selesa nak makan ni", katanya. Grrrrrr............(aku memendam perasaan). Permintaan tu tak dapat dilayan sbb bukan family dia ja kat situ tapi berpuluh-puluh orang lain pun ada hak nak dengaq lagu tu.
NOTA: Nak jer aku simbah sup yang tengah panas masa aku serve tu...hahaha
Thursday, September 29, 2011
Nak Bagi Penampor ke Idak Nih
BESUT: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu.
Kucing pun terkejut dengaq citer nih!! |
“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.
“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.
Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.
Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.
Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.
Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan.
Sumber : Metro Online
Tuesday, September 27, 2011
Syiah : Ancaman Yang Mengancam Umat Islam Malaysia
Kali ini, mari kita melihat tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan syiah serta bahaya golongan ini terhadap ajaran agama Islam yang suci. Adalah menjadi tanggungjawab setiap dari kita untuk melengkapkan ilmu sebagai benteng bagi mengelakkan diri kita daripada terpedaya dengan fahaman golongan ini.
PENGENALAN
Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Mereka menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah
golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyah, Zaidiyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Golongan Syiah mencederakan diri sendiri semasa sambutan Tragedi Karbala |
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
PERBEZAAN ANTARA SYIAH DENGAN SUNNI
Berikut merupakan beberapa perbezaan yang jelas menunjukkan kepincangan puak Syiah:
1) Al-Quran Al-Karim
Ahli Sunnah : Sepakat atas kebenarannya dan terpelihara dari sebarang tambahan dan kekurangan. Mereka beriman dengan setiap huruf darinya, dan mereka beriman bahawa sesungguhnya ia adalah kalam Allah Taala bukan baru dan bukan makhluk. Ianya terpelihara dari segala keburukan dan adalah menjadi sumber utama kepada setiap kepercayaan-kepercayaan muslimin dan urusan-urusan hidup mereka.
Syiah : Mereka meragui kebenarannya iaitu Al-Quran, ada yang telah ditambah dan dikurangkan. (Sebahagian dari mereka menafikan tuduhan ini tetapi kita tidak mungkin mengambil kira ke atas penafian tersebut dengan sebab iktikad mereka yang mengamalkan taqiyah). Jika berlawanan dengan iktikad, mereka mentafsirkan dengan iktikad mereka. Pendapat imam-imam mereka adalah antara sumber utama di sisi mereka.
2) Al-Hadith/As-Sunnah
Ahli Sunnah : Hadith adalah sumber kedua kepada syariat Islam dan ia adalah sebagai mentafsirkan Al-Quran. Adalah tidak dibenarkan melanggar hukum-hukum yang terdapat dalam hadith yang sahih riwayatnya dari Rasulullah saw. Kesahihan hadith ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama’-ulama’ hadith. Caranya ialah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad tanpa membezakan antara perawi lelaki dan perempuan. Tiap-tiap perawi hadith diketahui sejarah hidupnya. Segala ini dihasilkan dengan satu usaha yang paling terbesar pernah didapati dalam sejarah bidang ilmu. Hadith yang diriwayatkan oleh seorang pendusta atau seorang yang tidak dikenalpasti tidak diterima. Ini semua adalah kerana riwayat hadith adalah suatu amanah yang berat lagi mulia serta mengatasi segala-gala yang lain.
Syiah : Tidak berpegang melainkan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah saw dan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik – dan mereka menolak hadith-hadith selain daripada ini terutama sekali kebanyakan hadith-hadith riwayat ahli sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih – iaitu tanpa ilmu hadith yang kukuh. Banyak sekali didapati mereka misalnya berkata : “Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail dari beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah saw bersabda…” Kitab-kitab mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadith yang tidak mungkin ditetapkan kesahihannya. Beginilah cara mereka membina agama mereka. Dengan cara begini juga mereka telah mengingkari lebih dari tiga perempat daripada Sunnah Nabi. Dan ini adalah perbezaan-perbezaan yang terpenting antara mereka dari golongan-golongan muslim.
3. Para Sahabat Rasulullah SAW
Ahli Sunnah : Sepakat atas wajib menghormati dan meredhai atas kesemua mereka. Sesungguhnya kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli Sunnah menganggap bahawa pertelingkahan yang terjadi antara mereka adalah berpunca dari perselisihan pendapat hasil dari ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan kejujuran, serta segala keadaan yang mempengaruhi mereka berbuat demikian telah pun berlalu. Tidak dibenarkan kita menaruh dendam sepanjang zaman mereka. Sesungguhnya merekalah golongan yang dipuji Allah berkali-kali. Oleh itu, tidak dibenarkan sesiapa pun mencela mereka selepas daripada itu. Sesungguhnya melalui usaha mereka kesemualah agama Islam itu turun-temurun dari Rasulullah hingga sampai kepada kita.
Syiah : Berpendapat bahawa para sahabat sesungguhnya telah kafir selepas kewafatan Rasulullah saw kecuali sebilangan kecil yang bilangannya tidak melebihi bilangan jari-jari tangan. Mereka meletakkan Ali di tempat yamg terlampau istimewa. Sebahagian mereka berpendapat : bahawa dialah yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah saw. Sebahagian lain pula menganggapnya sebagai nabi dan ada yang menganggapnya sebagai tuhan. Mereka menghukum orang-orang muslim menurut pendapat-pendapat mereka masing-masing ; sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali, maka ia zalim, atau kafir atau fasiq ; dan begitulah halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu-cicitnya turun-temurun.
4. Akidah Tauhid
Ahli Sunnah : Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang Maha Esa, yang Maha Berkuasa. Tiada sekutu bagiNya dan tiada tolok bandinganNya serta tiada perantaran antaraNya dan hamba-hambaNya. Mereka beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya). Sesungguhnya Allah telah mengutuskan nabi-nabiNya dan memikulkan mereka dengan tanggungjawab menyampaikan perutusan itu (risalah) kepada hamba-hambaNya. Mereka telah menyampaikan kesemuanya tanpa menyembunyikan apa jua pun. Mereka beriman bahawa perkara ghaib hanyalah pada Allah sahaja. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan (sesuatu hajat) wajib ditujukan kepada Allah semata-mata dan tidak sama sekali kepada yang lain dariNya.
Syiah : Mereka beriman dengan Allah dan keesaanNya, tetapi mereka telah mencampuradukkannya dengan amalan-amalan syirik. Mereka beribadat kepada selain dari Allah dengan berkata : “Wahai Ali, wahai Hussein, wahai Zainab”, serta bernazar dan bersembelih kepada yang lain dari Allah. Mereka meminta hajat dari orang-orang yang telah mati. Mereka mencipta banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang menguatkan amalan syirik ini. Mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan bahawa imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam mentadbirkan alam ini. Mereka menganggap bahawa ada suatu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah saw. Segala kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan ini tidak mempunyai asal dalam agama Islam yang suci.

Friday, September 23, 2011
Aku Bangga Dengan Dirimu
SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
GAMBAR fail menunjukkan anggota polis menjalankan siasatan di tempat mayat Nurul Awatif dibakar di Jalan Bukit Belacan, Ampang Jaya pada 5 September lalu. |
Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.
Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.
NOTA : Aku berbangga kau lebih rela mempertahankan maruahmu. Moga kau ditempatkan dalam golongan wanita yang beriman. Buat golongan remaja perempuan dan wanita di luar sana, jaga-jagalah keselamatan anda.
Sumber: Kosmo Online
KELEBIHAN KOPI RADIX
·Mengurangkan Sakit Sendi dan Pinggang.
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan gout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid.
Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
·Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan.
Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
·Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega-3 dan Spirulina.
·Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelabagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah.
Bagi wanita yang menopause, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
·Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Radix menghasilkan kesan afrodisiak bagi meningkatkan tenaga kelakian dan menambah kesuburan. Ia juga baik jika disinergikan bersama Omega-3.
Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Nota : Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
Tongkat Ali untuk tenaga, Pokok Mata Pelanduk untuk sendi, Pokok Teja Lawang untuk pengimbangan angin , Pokok Tebu Gajah untuk antidote, Pokok Mengkudu Hutan untuk pencernaan, juga Pokok Larak dan Pokok Halban Hitam dengan khasiatnya yang tersendiri
Untuk tempahan dan pertanyaan (hubungi) : Azwan (013-4039403)
Kopi Radix (papan- 22 sachets): RM 20 (ahli), RM 22 (pengguna biasa) Kopi Radix (Jumbo-32 sachets): RM 30 (ahli), RM 32 (pengguna biasa) |
Subscribe to:
Posts (Atom)