Bermula 15 September 2011, Caj Cukai Perhidmatan sebanyak 6% bakal dikenakan kepada semua pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini. Para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Yang menjadi persoalannya di sini, adakah Telco-telco terbabit akan terkesan dengan Caj Cukai Perkhidmatan 6% yang dikenakan kerajaan itu? Sebaliknya pengguna prabayar lah yang terpaksa menanggung caj berkenaan. Buktinya, pelanggan prabayar terpaksa membayar lebih contohnya RM10.60 untuk nilai prabayar RM10.
Jika sebelum ini pun, kebanyakan penjual Kad Prabayar telah pun menaikkan harga melebihi nilai prabayar kononnya sebab keuntungan yang semakin mengecil. Bayangkan harganya selepas ini jika termasuk Caj Cukai Perkhidmatan ini?
Nota: Selamat Hari Raya untuk semua. Apa lagi cukai yang ada lepas ni..hehe..orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin
xpyh topup..haha !
ReplyDeletepakai surat je..kan2..hehe
ReplyDelete