Carian

Sunday, September 18, 2011

Hidayah Milik Allah



Kita pastinya tak dapat memikirkan perihal masa depan kita. Macam tu la citer yang aku nak citerkan kali nie. Senang kata camni la. Selepas aku sembahyang Isyak di masjid berdekatan rumah sewa aku tadi, tiba-tiba ada seorang jemaah membuat pengumuman. Pengumuman tu tentang seorang pemuda India yang baru memeluk Islam. Dari pandangan luaran, aku beranggapan dia berumur lewat 20-an. Aku bersyukur kerana Allah telah memberikan hidayah buat pemuda tersebut. Kita doakan semoga beliau istiqamah dalam mencari ilmu agama dan menjadi seorang muslim yang bertakwa.


Hmm..aku terfikir. Adakah pemuda ini tahu yang dia akan memeluk Islam. Pastinya tidak!! Tetapi tidak mustahil untuk Allah menjadikan sesuatu yang Dia inginkan. Begitulah juga dengan terbukanya hati pemuda tersebut untuk memeluk Islam. Kita muhasabah pula diri kita..Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita ini lebih baik dari orang lain?? Seseorang yang banyak amalan kebajikan (taat pada agama) pada waktu mudanya belum tentu akan kekal sehingga ke usia tua. Begitulah juga dengan seseorang yang berbuat jahat pada usia mudanya, belum tentu kekal sebagai seorang yang jahat sehingga ke tua. Oleh itu, sama-samalah kita saling menasihati. Jika seseorang tu menolak nasihat kita, jangan putus asa kerana hidayah itu adalah milik Allah. 

Nota : BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT TAK PAYAH LA!!      

1 comment:

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...