Carian

Saturday, September 10, 2011

Info Tentang Dajjal













Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.

Apa yang dimaksudkan dengan sabda di atas ialah, Dajal akan memberikan kita melalaikan kita dengan syurga dunia iaitu kemewahan, pangkat, harta dan wanita yang sekaligus akan menyebabkan kita lupa diri dan hanyut dengan keduniaan semata-mata walhal itu hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik kembali nikmat-nikmat yang
 dikecapi itu. Inilah Benedictine Order yang mereka laksanakan dan ramai yang terpedaya lupa apa yang patut sebenarnya kita kejar.

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulullah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulullah bersolat, baginda terus berkata:

"Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada 
kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

"Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

"Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulullah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Syam atau Laut Yaman, di arah Timur"

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

Hadis ini menjelaskan tentang satu klu iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- Akan muncul pada akhir zaman
- Mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- Menyebar fitnah dan dusta
- Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)

1 comment:

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...