Kali ini, mari kita melihat tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan syiah serta bahaya golongan ini terhadap ajaran agama Islam yang suci. Adalah menjadi tanggungjawab setiap dari kita untuk melengkapkan ilmu sebagai benteng bagi mengelakkan diri kita daripada terpedaya dengan fahaman golongan ini.
PENGENALAN
Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Mereka menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah
golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyah, Zaidiyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Golongan Syiah mencederakan diri sendiri semasa sambutan Tragedi Karbala |
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
PERBEZAAN ANTARA SYIAH DENGAN SUNNI
Berikut merupakan beberapa perbezaan yang jelas menunjukkan kepincangan puak Syiah:
1) Al-Quran Al-Karim
Ahli Sunnah : Sepakat atas kebenarannya dan terpelihara dari sebarang tambahan dan kekurangan. Mereka beriman dengan setiap huruf darinya, dan mereka beriman bahawa sesungguhnya ia adalah kalam Allah Taala bukan baru dan bukan makhluk. Ianya terpelihara dari segala keburukan dan adalah menjadi sumber utama kepada setiap kepercayaan-kepercayaan muslimin dan urusan-urusan hidup mereka.
Syiah : Mereka meragui kebenarannya iaitu Al-Quran, ada yang telah ditambah dan dikurangkan. (Sebahagian dari mereka menafikan tuduhan ini tetapi kita tidak mungkin mengambil kira ke atas penafian tersebut dengan sebab iktikad mereka yang mengamalkan taqiyah). Jika berlawanan dengan iktikad, mereka mentafsirkan dengan iktikad mereka. Pendapat imam-imam mereka adalah antara sumber utama di sisi mereka.
2) Al-Hadith/As-Sunnah
Ahli Sunnah : Hadith adalah sumber kedua kepada syariat Islam dan ia adalah sebagai mentafsirkan Al-Quran. Adalah tidak dibenarkan melanggar hukum-hukum yang terdapat dalam hadith yang sahih riwayatnya dari Rasulullah saw. Kesahihan hadith ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama’-ulama’ hadith. Caranya ialah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad tanpa membezakan antara perawi lelaki dan perempuan. Tiap-tiap perawi hadith diketahui sejarah hidupnya. Segala ini dihasilkan dengan satu usaha yang paling terbesar pernah didapati dalam sejarah bidang ilmu. Hadith yang diriwayatkan oleh seorang pendusta atau seorang yang tidak dikenalpasti tidak diterima. Ini semua adalah kerana riwayat hadith adalah suatu amanah yang berat lagi mulia serta mengatasi segala-gala yang lain.
Syiah : Tidak berpegang melainkan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah saw dan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik – dan mereka menolak hadith-hadith selain daripada ini terutama sekali kebanyakan hadith-hadith riwayat ahli sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih – iaitu tanpa ilmu hadith yang kukuh. Banyak sekali didapati mereka misalnya berkata : “Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail dari beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah saw bersabda…” Kitab-kitab mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadith yang tidak mungkin ditetapkan kesahihannya. Beginilah cara mereka membina agama mereka. Dengan cara begini juga mereka telah mengingkari lebih dari tiga perempat daripada Sunnah Nabi. Dan ini adalah perbezaan-perbezaan yang terpenting antara mereka dari golongan-golongan muslim.
3. Para Sahabat Rasulullah SAW
Ahli Sunnah : Sepakat atas wajib menghormati dan meredhai atas kesemua mereka. Sesungguhnya kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli Sunnah menganggap bahawa pertelingkahan yang terjadi antara mereka adalah berpunca dari perselisihan pendapat hasil dari ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan kejujuran, serta segala keadaan yang mempengaruhi mereka berbuat demikian telah pun berlalu. Tidak dibenarkan kita menaruh dendam sepanjang zaman mereka. Sesungguhnya merekalah golongan yang dipuji Allah berkali-kali. Oleh itu, tidak dibenarkan sesiapa pun mencela mereka selepas daripada itu. Sesungguhnya melalui usaha mereka kesemualah agama Islam itu turun-temurun dari Rasulullah hingga sampai kepada kita.
Syiah : Berpendapat bahawa para sahabat sesungguhnya telah kafir selepas kewafatan Rasulullah saw kecuali sebilangan kecil yang bilangannya tidak melebihi bilangan jari-jari tangan. Mereka meletakkan Ali di tempat yamg terlampau istimewa. Sebahagian mereka berpendapat : bahawa dialah yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah saw. Sebahagian lain pula menganggapnya sebagai nabi dan ada yang menganggapnya sebagai tuhan. Mereka menghukum orang-orang muslim menurut pendapat-pendapat mereka masing-masing ; sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali, maka ia zalim, atau kafir atau fasiq ; dan begitulah halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu-cicitnya turun-temurun.
4. Akidah Tauhid
Ahli Sunnah : Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang Maha Esa, yang Maha Berkuasa. Tiada sekutu bagiNya dan tiada tolok bandinganNya serta tiada perantaran antaraNya dan hamba-hambaNya. Mereka beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya). Sesungguhnya Allah telah mengutuskan nabi-nabiNya dan memikulkan mereka dengan tanggungjawab menyampaikan perutusan itu (risalah) kepada hamba-hambaNya. Mereka telah menyampaikan kesemuanya tanpa menyembunyikan apa jua pun. Mereka beriman bahawa perkara ghaib hanyalah pada Allah sahaja. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan (sesuatu hajat) wajib ditujukan kepada Allah semata-mata dan tidak sama sekali kepada yang lain dariNya.
Syiah : Mereka beriman dengan Allah dan keesaanNya, tetapi mereka telah mencampuradukkannya dengan amalan-amalan syirik. Mereka beribadat kepada selain dari Allah dengan berkata : “Wahai Ali, wahai Hussein, wahai Zainab”, serta bernazar dan bersembelih kepada yang lain dari Allah. Mereka meminta hajat dari orang-orang yang telah mati. Mereka mencipta banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang menguatkan amalan syirik ini. Mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan bahawa imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam mentadbirkan alam ini. Mereka menganggap bahawa ada suatu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah saw. Segala kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan ini tidak mempunyai asal dalam agama Islam yang suci.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi