Carian

Sunday, October 14, 2012

5 Jenis Ikan Yang Menakjubkan

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini aku akan membawa hangpa semua ke dunia ikan. Selalunya ikan yang kita tau adalah dari jenis yang kita biasa makan contohnya ikan kembong, ikan cencaru, ikan sardin dan lain-lain-lagi. Cakap pasal ikan, makan tengah hari tadi, aku dengan kawan serumah dah pun melahap ikan cencaru sumbat. Perghh..memang sedap. STOP!!!..berenti cakap pasal makan. Mari kita fokus kepada 5 jenis ikan yang menakjubkan. Jom tambah pengetahuan..=)

1) Belut Cusk

Belut cusk merupakan spsesis keluarga ikan yang hidup di kedalaman paling dalam di dunia! Spesis ini telah ditemui di Jurang Puerto Rico pada kedalaman 27 500 kaki. Pada kedalaman tersebut ikan tersebut akan mengalami tekanan kira-kira 12,000 paun per inci persegi.

2) Ikan Badut (Clown / Anemone Fishes)

Ikan Badut hidup dalam kumpulan di mana dua ikan  terbesar sahaja yang matang secara seksual, yang terbesar betina manakala yang berikutnya jantan. Jika yang betina meninggal dunia, perubahan jantina ikan jantan kepada betina akan berlaku dan ikan seterusnya terbesar dalam kumpulan matang ialah jantan. 

p/s: Jangan manusia nak bertukar jantina sudah..hehe. Ikan ni jer boleh secara fitrah

3) Kerapu Goliath

Kerapu Goliath amat terancam. Juga dikenali sebagai'Jewfish' itu, ia tinggal di kawasan subtropika Pasifik timur (dari California, US ke Peru) dan Atlantik (dari North Carolina ke Brazil). Seperti namanya, ia adalah ikan yang sangat besar,  boleh membesar sehingga 7 kaki panjang dalam tempoh 40 tahun hayatnya

4) Ikan Naga Laut (Phycodurus Eques)

Ikan Seadragon  adalah ikan laut dan merupakan spesis terdekat dekat dengan kuda laut (genus Hippocampus). Ia adalah satu-satunya wakil dari genus Phycodurus. Ia membesar sehingga 45 cm. Ikan ini mendiami perairan cetek tropis dan subtropis Selatan dan Barat Australia. Tonjolan yang menutupi tubuh ikan tersebut menyerupai daun dan bentuk badan ikan ini menyerupai naga sebagaimana ia mendapatkan namanya. 

5) Cowfish (Lactoria cornuta)

Cowfish yang juga dikenali sebagai Cowfish Longhorn adalah sejenis ikan yang dianggap menyerupai lembu kerana tanduk yang menonjol dari bahagian depan kepalanya. Ia menjadi tambahan yang sangat unik untuk ikan hiasan akuarium marin tetapi jika ia menjadi tertekan,  Cowfish akan melepaskan toksin beracun daripada kulit yang dipanggil Ostracitoxin yang toksik kepada Cowfish yang lain. Dinasihatkan letak seekor sahaja ikan ni. 


3 comments:

  1. aku duk cari2 tadi sape tuan punya blog ni.
    pastu tgk kat ade profile facebook.
    hahah..memang kenal la.
    posting nanti ramai2 la datang ngajar kat sini..heheh

    ReplyDelete
  2. hehe..mohon tunjuk ajar otai dalam dunia blog nih =)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...