Carian

Monday, October 8, 2012

Pelajar Kolej Komuniti Maut Dalam Kemalangan Motosikal di Masjid Tanah

ALOR GAJAH: Seorang pelajar program Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti maut akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di Jalan Durian Daun, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 8.30 pagi, Nurul Nabilah Daud, 18, sedang dalam perjalanan ke kolej terbabit di Masjid Tanah dipercayai hilang kawalan dan terjatuh sebaik tiba di satu selekoh akibat jalan licin selepas hujan. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata mangsa kemudian tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dan perut.

Ibu mangsa, Rosnah Sulong, 54, jururawat di Hospital Alor Gajah, berkata anak bongsu dari 13 beradik itu aktif dalam sukan kayak dan berhasrat mewakili Melaka pada Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

Katanya, anaknya itu pernah memenangi tempat ketiga Cabaran Beregu Wanita Elit dan Cabaran Beregu Wanita Novis, Program Cabaran Kayak Kuala Linggi IPT-KPT Sungai Melaka 2012 sempena Jelajah Merdeka pada Sept lepas. - Bernama

Nota:  Aku dah try buat pencarian tentang arwah. Beliau sebenarnya baru membina sebuah blog. Nih aku sertakan alamat blog beliau untuk diziarahi http://nurulnabilahdaud.blogspot.com/ Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.....al-Fatihah

2 comments:

  1. Semoga rohnya dikalangan mereka yang beriman..amin.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwa innailaihiraji'un... Semoga rohnya tenang dan damai di alam sana. Al-fatihah untuk arwah...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...