Carian

Saturday, April 27, 2013

Kronologi Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam

Maut ditembak tepat di leher
Lokasi Kejadian (Sumber)
SEKILAS PANDANG

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabatnya di Putrajaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa parah selepas salah seorang daripada suspek
 yang merupakan pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang, ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.


KRONOLOGI:

7.55 pagi – Kereta Nissan Murano dinaiki Datuk Shaharuddin Ibrahim bergerak dari rumahnya
di Kondominium Intan, Dengkil untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

8.15 pagi – Kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan ke Presint 2, Putrajaya. Seorang pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang. Pemandu terus bawa mangsa ke Hospital Putrajaya.

9.20 pagi - Mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 20, Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian.com.my

Friday, April 26, 2013

Hari Yang Mendatang : Konvokesyen

Assalamualaikum w.b.t

Syukur sebab hari ni dapat gak aku selesaikan urusan pembayaran bagi Majlis Konvokesyen IPGM 2013 yang akan berlangsung pada 26 hingga 29 Mei kelak (lepas PRU 13). RM 200 gak la melayang dengan posting yang masih lagi tak dengaq khabar berita. Namun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku bekerja secara sambilan mengajar di pusat-pusat tuisyen sekitar tempat tinggal aku. Kalau naik moto ada la dalam 15 minit. Aku berterima kepada Cikgu Shima yang memberikan peluang kerja kepada aku. Thanks a lot ^_^. So, dengan duit gaji tu la aku lunaskan bayaran nih. Alhamdulillah

Putrajaya, here I come!!

p/s: Mendung je cuaca petang nih..hujan pun sodap nih

1# Info Menarik Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t


p/s : Rajin-rajin bersenam dan ambil makanan yang seimbang ^_^

Monday, April 22, 2013

Pesan Dr. Muhaya


Assalamualaikum w.b.t


Thursday, April 18, 2013

Seksi di Jalan Raya



Assalamualaikum w.b.t
[Image: fails_02.jpg]

Mungkin bagi sesetengah golongan Adam ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku ATAU adakah ianya hanya masalah bagi aku je??..Apa masalah tu?? Hahhh..tengok gambar kat atas tu. Seorang perempuan yang bertudung tapi baju dan seluar yang dipakainya begitu ketat!! Wooowww..

Dah banyak kali berlaku kat aku semasa aku berada di jalan raya. Kalau dipikirkan boleh menyebabkan kemalangan gak tu. Sesetengah penunggang atau pembonceng motosikal wanita mungkin tidak perasan kadangkala mereka memakai pakaian yang seksi tahap gaban dan menampakkan susuk tubuh mereka. Apa tidaknya jika segelintir dari mereka ni memakai pakaian bewarna putih ditambah pula dengan tudung yang ibarat tak cukup ukuran pastinya akan menampakkan PAKAIAN DALAM mereka. Nak bantah??? Tak payah la sebab aku dah banyak kali TERnampak. Adakah aku memang nak tengok?? Kalau aku tak tengok depan mana lagi aku nak tngok...kat atas...kat bawah?? mau jatuh aku tergolek atas jalan..hahaha. 

Penyelesaian untuk penunggang dan pembonceng motosikal wanita:

1. Pakai baju yang agak longgar atau mengelakkan pakaian yang boleh menampakkan susuh tubuh anda.

2. Pakai tudung yang bersesuaian agar terlindung segalanya.

3. Memilih pakaian yang mempunyai warna selain putih. Kalau nak pakai putih jugak pastikan pakaian tersebut tidak tembus pandang!

p/s: Harap sangat nasihat aku ni diambil sebagai peringatan. Tak salahkan kita mengingati antara satu sama lain. Secara tak langsung mengurangkan kejadian kemalangan jalanraya yang mungkin berlaku dan mengurangkan risiko anda diekori perogol. Fikir2 kan yer :-)

Wednesday, April 17, 2013

" Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei "

Assalamualaikum w.b.t

Nak join,klik banner kat atas nih

Hari ni aku join diz segmen. Sangat menarik sebab bukan sahaja tempoh segmen ni yang lama tapi aku dapat jugak kenal2 dengan blogger lain. Harap - harap ada la yang sudi nak mengenali aku dan blog usang nih..hehe


Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

Tuesday, April 16, 2013

Surat Rasmi Dari Penunggang Motosikal


Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Hal ini kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain. Sila pastikan anda dapat membuat perbezaan antara MAT REMPIT dengan penunggang motosikal yang berhemah.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan punting rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah sudah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia yang sementara.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..

p/s : Tolong share ^^..aku dah biasa mengalami pengalaman ni atas jalan raya. Kita ajar mereka yang kurang ajar!!

Wednesday, April 10, 2013

Detik Penting PRU 13 Diumumkan

Assalamualaikum w.b.t

Sumber gambar: Sinarharian
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihanraya umum ke-13 sebentar tadi.

Sidang media itu diadakan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya yang diketuai pengerusinya, Abdul Aziz Yusof.

Menepati ramalan sesetengah pihak, tarikh penamaan calon bag
i seluruh kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) seluruh negara kecuali DUN Sarawak telah ditetapkan pada Sabtu, 20 April 2013.

Manakala tarikh membuang undi pula telah ditetapkan pada hari Ahad, 5 Mei 2013.

Bagi pengundi awal, pengundian ditetapkan pada Selasa, 30 April 2013.

Serentak dengan itu, suruhanjaya itu juga memaklumkan calon-calon yang bertanding bolehlah memohon set borang penamaan calon sebanyak RM20 di mana-mana pejabat SPR negeri atau di Putrajaya.

Turut hadir, timbalan pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar dan setiausahanya, Kamaruddin Mohd Baria.



Tarikh Penting Menjelang PRU 13

11hb April - Writ dikeluarkan 
12hb April - Notis pilihanraya
20hb April - Penamaan calon
30hb April - Mengundi awal
05hb Mei - Hari Pengundian

p/s:Seramai 13.26 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada PRU kali ini. Adakah anda sudah bersedia?? 

Monday, April 8, 2013

Pelopor Dina Group Ditahan

Assalamualaikum w.b.t

Sumber Gambar
Metro hari ini melaporkan individu yang paling dikehendaki BNM iaitu Harun Mat Saat atau lebih dikenali sebagai ' Ustaz Harun' berjaya ditahan oleh pihak polis. Mengikut khabar berita, makhluk spesis penipu ni mempunyai harta yang maha dahsyat termasuklah jet peribadi melalui kegiatan haramnya seperti skim cepat kaya, pengambilan deposit haram dan ajaran sesat. Berikut merupakan berita hari ini dan beberapa maklumat berkaitan si Harun sebelum ini.


Kuala Lumpur: Lelaki dikenali sebagai Ustaz Harun yang ditahan kerana mempelopori satu ajaran sesat di Kuantan, Khamis lalu sebelum ini dilaporkan hidup mewah termasuk memiliki sebuah syarikat jet persendirian, selain deretan kereta mewah seperti Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.
Kisah penipuan lelaki berusia 47 tahun mula dilaporkan Harian Metro pada 28 Mei 2011 selepas namanya tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Disember 2008 berhubung penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram mencecah RM200 juta.
Ustaz Harun yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu juga dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peloporajaransesatmilikijetpersendirian/MA/Article/index_html

Maklumat Sebelum Ini:

Guna alamat palsu
KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gunaalamatpalsu/Article/index_html

DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI.
http://menuntuthak.blogspot.com/

Wednesday June 8, 2011
Self-styled prophet talks about lewd acts
HARUN MAT Saat, who claims to be the prophesied messiah Imam Mahdi, talked about lewd acts during a series of “religious” ceramah aimed at promoting his get-rich-quick scheme, reported Harian Metro.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/8/nation/8854262&sec=nation#13261696393431&if_height=524

Jumaat April 10, 2009
Konsert Malam Seribu Karya diteruskan tanpa Siti
VISUAL laser bertulis kalimah Allah, Nabi Muhammad dan bismillah merupakan antara tarikan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 April ini. Jalan cerita tersebut berkisarkan tentang kehidupan, perniagaan dan visi yang ingin dicapai oleh penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad.
Selain Ustaz Harun, konsert ini akan dijayakan oleh artis yang bernaung di bawah Karya Hadani Yantzen, Razak Ahmad, Ezam Akar, Sham Barongan dan Rahmad Mega.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Harun bin Mat Saat
I/C No: 660908-03-5945
Last known address:
No. 5, Jalan Temenggung, Seksyen 12/6,
Istana Kayangan, 40100 Shah Alam,
Shah Alam, Selangor
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0302_seen.htm

Kad Pengenalan 660908035945 / A0497061
Nama HARUN BIN MAT SAAT
Tarikh Lahir 08 Sep 1966
Jantina LELAKI
Lokaliti 026 / 25 / 11 / 003 - KG SOKOR
Daerah Mengundi 026 / 25 / 11 - KAMPUNG SOKOR
DUN 026 / 25 - KOK LANAS
Parlimen 026 - KETEREH
Negeri KELANTAN
http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Ustaz Harun lucah
KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.
“Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/articles/UstazHarunlucah/Article


Trading Company Fined And Directors Jailed For Illegal Deposit Taking

KUALA LUMPUR, Dec 8 (Bernama) -- Two directors of a trading company were sentenced to 15 months imprisonment by the Sessions Court here today, for taking an unlicensed deposit amounting to RM200,000.
The trading company, Business Time Dina Sdn Bhd was also fined RM300,000 for the same offence.
"I only became a director of the company on the suggestion of Harun Mat Saat who helped with its management," he added.
"Both the accused did not think rationally and only point at Harun claiming he was the mastermind behind this case but Harun has disappeared," he said.
http://web6.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=632844


Cahaya Permai Bakery & Cake House
Perkhidmatan: Menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan roti untuk pelbagai acara.
Organisasi syarikat:
Penasihat – Ustaz Harun Mat Saat
http://tawaubloggers.com/cahaya-permai-bekery-cake-house/

Thursday, April 4, 2013

Keganasan Terhadap Wanita Menjahanamkan Ekonomi


Assalamualaikum w.b.t

Cuba kita imbas kembali peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu di mana seorang gadis dirogol di India oleh beberapa orang lelaki di dalam bas. Peristiwa tersebut mendapat perhatian dunia dan baru-baru ini  kejadian rogol berlaku pula ke atas pelancong Switzerland yang dilihat mengancam kestabilan industri pelancongan di India. Di sini, aku ada memetik sumber berita mengenai  masalah yang berlaku tersebut.


Keganasan terhadap wanita, dan publisiti yang secara meluas oleh media antarabangsa terhadap serangan seksual baru-baru ini di sini, mengancam industri  pelancongan India yang bernilai lebih kurang $ 17.7 billion . Satu kajian terbaru menunjukkan industri pelancongan di India telah menjunam, terutamanya dalam kalangan pelancong wanita sejak seorang pelajar India, 23 tahun telah dirogol di dalam bas di New Delhi dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapinya - satu kes yang mendapat publisiti di seluruh dunia. Kerajaan bagaimanapun menafikan sebarang kejatuhan dalam pelancongan.

Kebimbangan kembali meningkat selepas kes rogol terhadap seorang wanita   Switzerland di tengah India pada bulan lepas dan selepas seorang wanita British melompat keluar dari tingkap bilik hotel beliau akibat ketakutan pengurus hotel tersebut telah cuba untuk memecah masuk ke dalam biliknya untuk melakukan serangan seksual terhadapnya. Kejadian itu yang berlaku di Agra, sebuah tempat yang terkenal dengan Taj Mahal, salah satu tarikan pelancong utama di India.Peniaga berkata India didiskrimasi secara tidak adil tetapi persepsi adalah segala-galanya dalam industri pelancongan manakala perniagaan bagi memenuhi keperluan pelancong sudah mengalami kemerosotan.

Kedatangan pelancong asing telah menurun 25 peratus sejak kejadian rogol berkumpulan pada Disember yang lalu di New Delhi, dan bilangan pelancong wanita terus jatuh sebanyak 35 peratus, menurut kajian oleh Dewan Bersekutu New Delhi berasaskan Perdagangan dan Industri. Kajian itu yang dijalankan terhadap 1,200 pengusaha pelancongan di seluruh negara, menunjukkan bahawa "kebimbangan tentang keselamatan pelancong wanita" telah mengubah rancangan pelancong. Sebaliknya, mereka pergi ke negara-negara yang dianggap lebih selamat termasuk Thailand, Vietnam dan Filipina. (AP)

p/s: Rakyat Malaysia tak kira la apa agama sekalipun perlu mengambil iktibar dengan kejadian ini. Pastikan negara kita sentiasa aman dan harmoni seterusnya menarik kedatangan pelancong ke negara tercinta ini.
 

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan Hari Ini

Baru sahaja sebentar tadi, PM mengumumkan mengenai pembubaran parlimen  dan dijangka PRU yang ke-13 akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Aku sebagai salah seorang pengundi baru bagi pilihan raya kali ini berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih calon yang layak diangkat sebagai pemimpin. Namun, adakah kita benar-benar tahu bagaimana proses PRU dijalankan. Berikut merupakan antara proses yang berlaku bermula daripada pembubaran parlimen sehinggalah pembentukan kerajaan dijalankan.

PENGENALAN


Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

PROSES

Berikut merupakan proses yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari.
2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon.
3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi.
4. SPR mengumumkan tempoh berkempen.
5. SPR membawa kertas-kertas undi ke pusat pengiraan undi.
6. SPR melakukan proses pengiraan undi.
7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya.
8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding.

Sumber: wikipedia dan utusan online




Liverpool: Permata Baru Buruan Rodgers


Assalamualaikum w.b.t



Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers telah berusaha untuk mendekati pemain Armenia, Henrikh Mkhitaryan dengan harapan untuk membawa pemain tengah tersebut ke Anfield pada musim panas kelak.

Mkhitaryan telah dikagumi banyak pihak sejak tiba di Shakhtar Donestk dalam musim 2010-2011, dan Rodgers berazam untuk bersaing dengan kelab-kelab lain yang juga berminat terhadap pemain berusia 24 tahun ini. Beliau melihat pemain tengah itu sebagai pengganti sempurna bagi Steven Gerrard.

Tawaran bernilai £ 10m  beserta pemain pertahanan iaitu Martin Skrtel, yang semakin tidak mendapat tempat akan ditawarkan kepada Shakhtar oleh Liverpool dengan harapan untuk mendapatkan Henrikh Mkhitaryan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...