Assalamualaikum w.b.t
Cuba kita imbas kembali peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu di mana seorang gadis dirogol di India oleh beberapa orang lelaki di dalam bas. Peristiwa tersebut mendapat perhatian dunia dan baru-baru ini kejadian rogol berlaku pula ke atas pelancong Switzerland yang dilihat mengancam kestabilan industri pelancongan di India. Di sini, aku ada memetik sumber berita mengenai masalah yang berlaku tersebut.
Keganasan terhadap wanita, dan publisiti yang secara meluas oleh media antarabangsa terhadap serangan seksual baru-baru ini di sini, mengancam industri pelancongan India yang bernilai lebih kurang $ 17.7 billion . Satu kajian terbaru menunjukkan industri pelancongan di India telah menjunam, terutamanya dalam kalangan pelancong wanita sejak seorang pelajar India, 23 tahun telah dirogol di dalam bas di New Delhi dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapinya - satu kes yang mendapat publisiti di seluruh dunia. Kerajaan bagaimanapun menafikan sebarang kejatuhan dalam pelancongan.
Kebimbangan kembali meningkat selepas kes rogol terhadap seorang wanita Switzerland di tengah India pada bulan lepas dan selepas seorang wanita British melompat keluar dari tingkap bilik hotel beliau akibat ketakutan pengurus hotel tersebut telah cuba untuk memecah masuk ke dalam biliknya untuk melakukan serangan seksual terhadapnya. Kejadian itu yang berlaku di Agra, sebuah tempat yang terkenal dengan Taj Mahal, salah satu tarikan pelancong utama di India.Peniaga berkata India didiskrimasi secara tidak adil tetapi persepsi adalah segala-galanya dalam industri pelancongan manakala perniagaan bagi memenuhi keperluan pelancong sudah mengalami kemerosotan.
Kedatangan pelancong asing telah menurun 25 peratus sejak kejadian rogol berkumpulan pada Disember yang lalu di New Delhi, dan bilangan pelancong wanita terus jatuh sebanyak 35 peratus, menurut kajian oleh Dewan Bersekutu New Delhi berasaskan Perdagangan dan Industri. Kajian itu yang dijalankan terhadap 1,200 pengusaha pelancongan di seluruh negara, menunjukkan bahawa "kebimbangan tentang keselamatan pelancong wanita" telah mengubah rancangan pelancong. Sebaliknya, mereka pergi ke negara-negara yang dianggap lebih selamat termasuk Thailand, Vietnam dan Filipina. (AP)
p/s: Rakyat Malaysia tak kira la apa agama sekalipun perlu mengambil iktibar dengan kejadian ini. Pastikan negara kita sentiasa aman dan harmoni seterusnya menarik kedatangan pelancong ke negara tercinta ini.
seramnya.. harap2 negara malaysia aman je tak nak kes2 mcm ni.
ReplyDeletesemua pihak kena kerjasama..yg pompuan pun tak boleh la seksi2 sngt..hehe ;-)
DeleteMakin menjadi2 pulak kan isu rogol ni kat India.. Sama2lah kita berdoa agar isu2 macam ni tak berlaku di Malaysia.. Btw, salam perkenalan dari Mieza... Terima kasih sudi berkunjung ke blog Mieza.. =)
ReplyDeleteinsyaAllah, sama2 kita berdoa. U are welcome :-)
Delete