Assalamualaikum w.b.t
Mungkin bagi sesetengah golongan Adam ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku ATAU adakah ianya hanya masalah bagi aku je??..Apa masalah tu?? Hahhh..tengok gambar kat atas tu. Seorang perempuan yang bertudung tapi baju dan seluar yang dipakainya begitu ketat!! Wooowww..
Dah banyak kali berlaku kat aku semasa aku berada di jalan raya. Kalau dipikirkan boleh menyebabkan kemalangan gak tu. Sesetengah penunggang atau pembonceng motosikal wanita mungkin tidak perasan kadangkala mereka memakai pakaian yang seksi tahap gaban dan menampakkan susuk tubuh mereka. Apa tidaknya jika segelintir dari mereka ni memakai pakaian bewarna putih ditambah pula dengan tudung yang ibarat tak cukup ukuran pastinya akan menampakkan PAKAIAN DALAM mereka. Nak bantah??? Tak payah la sebab aku dah banyak kali TERnampak. Adakah aku memang nak tengok?? Kalau aku tak tengok depan mana lagi aku nak tngok...kat atas...kat bawah?? mau jatuh aku tergolek atas jalan..hahaha.
Penyelesaian untuk penunggang dan pembonceng motosikal wanita:
1. Pakai baju yang agak longgar atau mengelakkan pakaian yang boleh menampakkan susuh tubuh anda.
2. Pakai tudung yang bersesuaian agar terlindung segalanya.
3. Memilih pakaian yang mempunyai warna selain putih. Kalau nak pakai putih jugak pastikan pakaian tersebut tidak tembus pandang!
p/s: Harap sangat nasihat aku ni diambil sebagai peringatan. Tak salahkan kita mengingati antara satu sama lain. Secara tak langsung mengurangkan kejadian kemalangan jalanraya yang mungkin berlaku dan mengurangkan risiko anda diekori perogol. Fikir2 kan yer :-)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi