Carian

Tuesday, April 16, 2013

Surat Rasmi Dari Penunggang Motosikal


Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Hal ini kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain. Sila pastikan anda dapat membuat perbezaan antara MAT REMPIT dengan penunggang motosikal yang berhemah.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan punting rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah sudah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia yang sementara.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..

p/s : Tolong share ^^..aku dah biasa mengalami pengalaman ni atas jalan raya. Kita ajar mereka yang kurang ajar!!

3 comments:

  1. perghhh terbaik..sy sokong!kami penunggang motor byr CUKAI gak!

    ReplyDelete
  2. untuk keadilan bersama sebagai pengguna jalan raya ^_^

    ReplyDelete
  3. http://www.facebook.com/notes/fadlisham-fadzil/surat-balasan-kepada-penunggang-motosikal-kami-prihatin-/10151801603076535

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...