Assalamualaikum w.b.t
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers telah berusaha untuk mendekati pemain Armenia, Henrikh Mkhitaryan dengan harapan untuk membawa pemain tengah tersebut ke Anfield pada musim panas kelak.
Mkhitaryan telah dikagumi banyak pihak sejak tiba di Shakhtar Donestk dalam musim 2010-2011, dan Rodgers berazam untuk bersaing dengan kelab-kelab lain yang juga berminat terhadap pemain berusia 24 tahun ini. Beliau melihat pemain tengah itu sebagai pengganti sempurna bagi Steven Gerrard.
Tawaran bernilai £ 10m beserta pemain pertahanan iaitu Martin Skrtel, yang semakin tidak mendapat tempat akan ditawarkan kepada Shakhtar oleh Liverpool dengan harapan untuk mendapatkan Henrikh Mkhitaryan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi