Carian

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan Hari Ini

Baru sahaja sebentar tadi, PM mengumumkan mengenai pembubaran parlimen  dan dijangka PRU yang ke-13 akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Aku sebagai salah seorang pengundi baru bagi pilihan raya kali ini berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih calon yang layak diangkat sebagai pemimpin. Namun, adakah kita benar-benar tahu bagaimana proses PRU dijalankan. Berikut merupakan antara proses yang berlaku bermula daripada pembubaran parlimen sehinggalah pembentukan kerajaan dijalankan.

PENGENALAN


Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

PROSES

Berikut merupakan proses yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari.
2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon.
3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi.
4. SPR mengumumkan tempoh berkempen.
5. SPR membawa kertas-kertas undi ke pusat pengiraan undi.
6. SPR melakukan proses pengiraan undi.
7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya.
8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding.

Sumber: wikipedia dan utusan online




2 comments:

  1. masih bawah umur utk ambil kisah pasal politik. hehhee

    ReplyDelete
  2. Nak tak nak kena gak amek tau nnti..tak pe tunggu ckup umur daftar jd pengundi ok :-)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...