Carian

Wednesday, May 30, 2012

Keychain Sarawak Mari..Jauh tu!!


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, dah dapat pun hadiah daripada saudara Azam. Coz bernasib baik jadi follower yang ke-100. Hadiah yang berupa sepasang keychain baby. Yang baby laki aku ambik tapi yang baby pompuan aku tak pasti lagi nak bagi kat sapa..hehehe. Apa-apapun ribuan terima kasih kepada beliau yang bersusah-payah mengirimkan hadiah tersebut jauh dari Sarawak. Fuh..terharu..huhuhu

Follower ke-111

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya, follower melepasi angka 100 setelah setahun aku berblogging..hahaaha. Lambat cam siput sedut. Mungkin akibat ketidakaktifan aku berblogging dan blogwalking suatu masa dahulu. Untuk entri kali ini, aku tujukan khas kepada saudara Maza Rizal kerana sudi follow blog aku yang tak seberapa ni. Tahniah anda yang ke- 111

Melalui entri beliau pada 21 Mei yang lalu (semalam daa)..aku dapat tahu yang hari lahir beliau adalah pada 25 Mei nih. Dengan ini, aku harap saudara Jal dapat menghantarkan nama penuh dan alamat rumah beliau ke emel aku seperti yang tertera di bawah untuk penghantaran hadiah penghargaan (boleh kira hadiah hari jadi jugak laa..hehe) :

azwansamsuddin@yahoo.com

Walaupun hadiah yang dihantar kelak tak seberapa mana tapi diharapkan dapatlah saudara Jal jadikan tanda kenangan sebagai follower blog ni..Opss,lupa pulak lagi satu. Semoga dapat result 4.0..sukses selalu!!




AMARAN!! : Ini adalah sticky post.Lihat di bawah untuk entri terbaru

Friday, May 25, 2012

Al- Fatihah Buat Adik Nur Afifah

Assalamualaikum w.b.t


Aku pun tak pasti berapa gadis tempatan dah dibawa lari oleh jejaka Lombok nih..apa yang hebatnyer diorang?? banyak faktor yang mungkin menyebabkan gadis tempatan kita 'cair' dengan golongan ini. Kalau setakat kata-kata manis ni memang modal mana-mana lelaki. 'Mat Bangla', 'Pak Hitam' dan lelaki luar negara lain memang kita ketahui gunakan modus operandi yang sama. Kadang-kadang gadis kita boleh terjebak jadi keldai dadah. Bukan setakat gadis muda, golongan janda dan 'wanita kesunyian' turut menjadi sasaran mereka. Apa-apapun sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada adik Nur Afifah, 16 yang meninggal di sana dan dipercayai dilarikan oleh pemuda dari Lombol berumur dalam lingkungan 20-an. Berita di bawah disisipkan sekali untuk tatapan kita semua. 





TAIPING: “Syukur kerana jenazah anak saya selamat dikebumikan selepas hampir 17 hari ditahan di bilik mayat hospital di Lombok, Indonesia,” kata Hasliza Ismail, 46, yang ditemui selepas pengkebumian Nur Afifah Mohd Zahuri, 16, yang mati ketika berada di Lombok selepas dilarikan seorang lelaki.
Jenazah Nur Afifah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5 petang kelmarin, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayah, Asam Kumbang, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam, selepas disembahyangkan di Masjid Hidayah di sini. Jenazah pelajar tingkatan empat itu disemadikan segera berikutan lebih dua minggu ditahan di Lombok berikutan masalah perundangan.
Hasliza berkata, dia lega kerana jenazah anaknya itu akhirnya berjaya dibawa pulang hasil usaha Ketua Umno Bahagian Taiping yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, yang menanggung kos perbelanjaan.
“Saya menatap wajah adik (Afifah). Saya reda dengan takdir, tetapi semua sudah ditakdirkan. Sekurang-kurangnya kami boleh menziarah kuburnya di sini,” katanya.
Hasliza berharap kejadian yang menimpa anaknya itu dijadikan pengajaran dan ingatan kepada orang lain supaya berhati-hati dengan lelaki warga asing, terutama dari Lombok.
Sumber dan kredit kepada: MyMetro (25 Mei 2012)




Thursday, May 24, 2012

FAKTA 1: Matahari

Kredit Gambar: NASA
Fakta: 
1) Ciri-ciri:
Jisim: 1.98892 x 1030 kg
Diameter: 1,391,000 juta kilometer
Jejari: 695,500 km
Graviti permukaan Matahari: 27.94 g
Isipadu Matahari: 1.412 x 1018 km3
Ketumpatan Matahari: 1.622 x 105 kg/m3



2) Matahari kehilangan sehingga satu bilion kilogram sesaat AKIBAT terjadinya angin-angin suria!!

3)Angin-angin suria yang terdir daripada zarah bercas yang diusir dari permukaan atas matahari adalah disebabkan oleh suhu tinggi korona dan turut menghasilkan tenaga kinetik yang tinggi. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa 1 unit tenaga (1 pinhead) matahari adalah cukup untuk membunuh seseorang pada jarak 160 kilometer!!. 



NOTA: Cuba anda bayangkan kepanasan api neraka yang berkali-kali ganda daripada kepanasan Matahari. Sangat dasyat 



Sumber:  Planet Science
Terjemahan: Tuan blog dengan bantuan Gtranslate

Wednesday, May 23, 2012

Sabar ye pak cik.. Yang hak pasti menang

MOHAMAD NOOR menunjukkan laporan polis setelah dia merasa ditipu cucu menantunya berjumlah RM37,000, semalam.


GERIK: Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan haji ke Makkah tahun depan mungkin tidak kesampaian selepas wang simpanannya sebanyak RM37,000 'dikebas' suami kepada cucunya.

Mohamad Noor Awang, 87, dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tawai, di sini, mendakwa dia tertipu dengan perawakan baik dan kata-kata lelaki itu ketika mereka bertemu di rumah seorang anaknya di Lenggong, Januari lalu.




“Dia mendakwa kekurangan wang dan meminta saya membeli kedai dobi itu atas nama saya serta memberi jaminan saya akan memperoleh keuntungan antara RM5,000 hingga RM6,000 pada bulan pertama (Januari lalu).

“Pada mulanya, saya enggan mengeluarkan wang itu kerana mahu menggunakannya untuk menunaikan haji tahun depan, tetapi selepas dipujuk rayu saya mengeluarkan wang berkenaan di sebuah bank di Lenggong dan menyerahkan kepadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohamad Noor berkata, lelaki terbabit memintanya supaya tidak menceritakan perkara itu kepada empat anaknya yang lain, kononnya untuk memudahkan urusan perniagaan berkenaan nanti.

Katanya, dia kemudian mengeluarkan wangnya dua kali di bank iaitu RM25,000 pada 10 Januari dan RM12,000 keesokannya yang diuruskan lelaki berkenaan. 
“Dia berjanji akan datang mengambil saya tiga hari kemudian untuk dibawa ke Kuala Lumpur bagi melihat sendiri kedai dobi milik saya itu, tetapi sehingga sekarang dia tidak muncul,” katanya.


Klik sini untuk berita selanjutnya, sumber: BH

Tuesday, May 22, 2012

Jom Menderma Buat Rakyat Palestin

Assalamualaikum w.b.t

Buat para pembaca blog nih, aku nak ajak sesapa yang berminat untuk membuat sumbangan bagi rakyat Palestin, bolehlah berbuat demikian dengan membaca iklan di bawah. Lepas tu boleh buat sumbangan ikut maklumat yang diberikan. Pastinya korang pun sedia maklum betapa kejamnya Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin yang seagama dengan kita. Jadi apa yang ditunggu lagi sebab jihad di sana pastinya ramai yang tak mampu. So, dengan cara ini pun boleh dikira sebagai jihad jugak.


Semoga sedekah kita diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah.





Monday, May 21, 2012

Babi Pergi Kafe Siber??

Babi Sondol Kafe Siber

MUAR – Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.
Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.
Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.
“Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.
“Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri,” katanya.
Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. – Kosmo Online

Sunday, May 20, 2012

Lepas Gian Mancing

Assalamualaikum w.b.t


Jeti Semeling
Bagi menghilangkan tekanan dalam minggu exam ni, sempat la jugak pegi mancing pada hari khamis yang lalu di jeti Semeling. Turut terdapat di situ ialah satu restoran terapung iaitu Restoran D'Jetty. Jadi sebelum memulakan aktiviti memancing, kami mengisi dulu perut yang lapar. Kepada para pembaca blog ni, jika melawat negeri Kedah, jangan lupa untuk berkunjung ke restoran tersebut yang menghidangkan makanan laut yang amat menyelerakan. Anda boleh pilih ikan-ikan, ketam, kerang dan sotong ikut cita rasa anda sebelum dimasak. Bagi yang tak makan seafood, makanan lain pun ada jugak untuk hidangan anda.


Restoran D'Jetty
Jeti Tanjong Dawai
So, sudah abis makan, misi memancing pompuan  (hehehehe)......ikan pun dimulakan. Sebelum tu sempat jugak mencari anak-anak udang untuk dijadikan umpan. Dua jam menunggu, namun umpan (anak udang ngan umpun-umpun) tak mengena. Last2 kawan aku ajak pegi Tanjung Dawai lak yang lebih kurang 30 minit dari situ. Hasilnya, tiga jam mancing kat sana dapatlah beberapa ekor ikan gelama dan tapak sulaiman (semuanya dilepaskan kembali ke laut) yang rakus menyentap umpan kami. Walaupun tak dapat ikan besar, janji layan gak mancing ni sebab dapat lepas gian. Dah berapa lama tak mancing wehhhh.......................Adios
Tapak Sulaiman
Ikan Gelama

NOTA : Gambar-gambar adalah dari Mr.Google. Kamera rosak maka  gambar situasi sebenar tak dapat dirakamkan...=)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...