Carian

Tuesday, May 1, 2012

Berzina Masa Orang Solat Jumaat

Assalamualaikum w.b.t

Apa lagi yang mampu aku katakan terhadap golongan muda yang beragama Islam yang makin jahil sekarang nih. Melakukan seks sebelum berkahwin sudah menjadi kelaziman. Hal ini lebih hina lagi jika si betina yang memberi ruang kepada si jantan untuk memadu asmara. Baca la berita di bawah dan buatlah penilaian betapa seriusnya gejala soSIAL dalam kalangan remaja sekarang.

Georgetown – Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.
Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.
Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.
Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.
“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.
“Dia turut mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.
Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. 
NOTA: Sekarang ni jangan kata " Ala tak perlu la jaga tepi kain orang" tapi memang kita KENA JAGA TEPI KAIN ORANG dan pastikan diri serta keluarga kita juga terhindar dari perkara-perkara yang tak baik ini. 


3 comments:

  1. Anda dijemput untuk menyertai my first segment..

    http://n-mcd.blogspot.com/2012/04/segmen-heartbook-join-bloglist-1.html

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...