Assalamualaikum w.b.t
|
Jeti Semeling |
Bagi menghilangkan tekanan dalam minggu exam ni, sempat la jugak pegi mancing pada hari khamis yang lalu di jeti Semeling. Turut terdapat di situ ialah satu restoran terapung iaitu Restoran D'Jetty. Jadi sebelum memulakan aktiviti memancing, kami mengisi dulu perut yang lapar. Kepada para pembaca blog ni, jika melawat negeri Kedah, jangan lupa untuk berkunjung ke restoran tersebut yang menghidangkan makanan laut yang amat menyelerakan. Anda boleh pilih ikan-ikan, ketam, kerang dan sotong ikut cita rasa anda sebelum dimasak. Bagi yang tak makan seafood, makanan lain pun ada jugak untuk hidangan anda.
|
Restoran D'Jetty
|
|
Jeti Tanjong Dawai |
So, sudah abis makan, misi memancing pompuan (hehehehe)......ikan pun dimulakan. Sebelum tu sempat jugak mencari anak-anak udang untuk dijadikan umpan. Dua jam menunggu, namun umpan (anak udang ngan umpun-umpun) tak mengena. Last2 kawan aku ajak pegi Tanjung Dawai lak yang lebih kurang 30 minit dari situ. Hasilnya, tiga jam mancing kat sana dapatlah beberapa ekor ikan gelama dan tapak sulaiman (semuanya dilepaskan kembali ke laut) yang rakus menyentap umpan kami. Walaupun tak dapat ikan besar, janji layan gak mancing ni sebab dapat lepas gian. Dah berapa lama tak mancing wehhhh.......................Adios
|
Tapak Sulaiman |
|
Ikan Gelama
NOTA : Gambar-gambar adalah dari Mr.Google. Kamera rosak maka gambar situasi sebenar tak dapat dirakamkan...=)
|
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi