WARSAW – Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.
Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.
Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.
Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.
Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.
“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. – DM
NOTA: Mujur kat kawasan tempat tinggal aku tak der budak-budak rempit. Kalau tak motosikal diorang konfem tergantung kat atas pokok jugak.. Maybe, lepas ni kerajaan boleh putuskan untuk buat projek Litar Mini 1Malaysia pulak untuk golongan muda berlumba motor dalam tu..Amacam??
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi