MUAR — Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang mendakwa pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat lima waktu.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin mendedahkan ajaran sesat yang dikenali sebagai ”Ahmad 100” sedang bergerak aktif di Selangor dan kini sedang merebak ke negeri Melaka.
“Oleh kerana kedudukan daerah Ledang berhampiran dengan Melaka, kita harus berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran ini. Setakat ini, ia belum menular ke daerah ini,” katanya ketika memberi ceramah di Masjid Jamek Sultan Ismail, Tanjung Agas, Ledang hari ini.
Menurut Sulaiman, pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat tetapi memadai dengan niat untuk melayakkan mereka masuk syurga di samping turut meminta lelaki yang ingin menyertai ajaran itu menyerahkan isterinya tidur semalaman dengan pengasas ajaran itu sebelum diterima sebagai pengikutnya.
“Jika didapati isterinya itu dapat memuaskan nafsu lelaki tersebut, barulah lelaki berkenaan diterima sebagai pengikutnya dan pengikut terbabit tidak perlu menunaikan solat lima waktu, memadai niat sahaja sudah mencukupi,” katanya. — BERNAMA
NOTA: Tak silap aku dah beberapa bulan ajaran sesat ni dihebahkan dalam media massa. Namun, tiada tangkapan dibuat. Nampak benar sistem syariah negara kita ni masih lagi longgar. Bagi aku, lelaki yang menyerahkan isteri mereka atas alasan nak jadi pengikut ajaran sesat ini adalah DAYUS!! Golongan lelaki yang dayus tidak akan masuk syurga sampai bila-bila. Bertaubatlah. Di bawah disertakan sabda Rasulullah s.a.w tentang suami yang dayus.
Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
*Rujukan/penerangan tambahan, sila klik SINI
bahaya dunia skrg ni..minta dijauhkan
ReplyDeleteInsyaAllah..banyakkan berdoa moga kita dilindungi
ReplyDeleteentah berapa isteri orang "dikerjakannya" orang ini (pengasas Ahmad 100) perlu dan wajib dibunuh. Darahnya halal.
ReplyDeleteApadah jd ngan kes nim
ReplyDelete