Carian

Wednesday, May 9, 2012

Penderaan Bayi : Apa pandangan aku?



Assalamualaikum w.b.t




Kecoh sekarang nih berita tentang kes penderaan bayi yang sangat brutal mengikut pandangan aku. Rupa-rupanya selepas aku stalk sumber yang agak boleh dipercayai, kes yang ditunjukkan dalam video tersebut dah berlaku tahun lepas. Namun, bagi aku perbuatan wanita KURANG AKAL itu amatlah tidak wajar.


Berikut merupakan kenyataan daripada pihak PDRM :

"Menurut kenyataan PDRM melalui laman Facebooknya kira-kira jam 5 petang tadi, kes berkenaan dilaporkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan sudah dibuat pada hari yang sama ke atas pelaku yang juga ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera itu. 
Katanya, wanita berusia dalam lingkungan 20-an berkenaan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan bermula tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001"
Untuk berita lebih lanjut sila klik sini 


NOTA: 


1) Bagi pendapat aku, ibu bapa perlu mengasihi dan memberi bimbingan yang seWAJARnya kepada anak-anak yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Dan yang lebih utama ialah suami- isteri perlu ada toleransi untuk jaga anak secara bersama. Suami jangan buat 'memekak' jer..tolong isteri sama-sama..=)


2) Ada jugak kes-kes yang melibatkan penderaan bayi semasa di bawah jagaan pengasuh. Maka, adalah lebih wajar untuk ibu bapa yang memelihara anak masing-masing. Ingat duit boleh dicari, NYAWA boleh??


3) Psss..aku tak kawin lagi. Semua nasihat di atas untuk diri aku jugak..=)





3 comments:

  1. masalah jiwa
    dekatkan diri pada Allah

    muhasabah diri ~__~

    ReplyDelete
  2. sangat setuju dengan kaloi..=)

    ReplyDelete
  3. adoi la. cian aku tengok baby tu.
    kalo taknak baby tu bagi kat aku senang.
    apalah manusia sekarang ni -_-

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...