Carian

Friday, June 29, 2012

Osman Kering Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kassim atau Osman Kering, 58 meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang, hari ini selepas koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sejak 10 Jun lalu.
Anaknya, Norain, 25, berkata doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas mendapati otak dan pernafasannya gagal berfungsi. 
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi tujuh anak serta balunya, Nor Hayati Che Omar, 48. 

sumber

NOTA: Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Thursday, June 28, 2012

EURO 2012 : Siapa Bakal Juara?

Assalamualaikum w.b.t




EURO 2012 semakin hampir ke kemuncaknya. Awal pagi tadi (waktu Malaysia), Sepanyol telah berjaya menundukkan Portugal melalui jaringan penalti (4-2). Penjaga gol bagi kedua-dua pasukan iaitu Casillas (Sepanyol) dan Patricio (Portugal) bertindak cemerlang dengan masing-masing menyelamatkan satu sepakan penalti. Namun nasib lebih menyebelahi Sepanyol apabila tendangan Bruno Alves terkena palang gol. Secara keseluruhannya, Sepanyol lebih dilihat mendominasi permainan melalui gandingan pemain tengah perancang mereka seperti Xavi, Iniesta dan Xabi Alonso. 


Awal pagi nanti, satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan pertemuan antara Itali dan Jerman bakal berlangsung. Siapakah yang akan ke final untuk bertemu Sepanyol dan merebut gelaran juara? Mari sama-sama kita menonton secara langsung di TV3 atau melayari www.tonton.com.my pada pukul 2.45 pagi nanti.


NOTA : Kalau rajin boley terus solat sunat dulu 2 rakaat. Lepas tu tengok la puas-puas. Aku pilih Jerman sebagai team pilihan aku. Go  Jerman go!!

Tuesday, June 26, 2012

Malaysia (U-22) menang 7-0. Terbaik!!!


SKUAD Bawah 22 Tahun negara (B-22) menjadikan Filipina sebagai mangsa kebangkitan apabila merekod kemenangan besar 7-0 pada perlawanan kedua Kumpulan G Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 B-22, semalam yang menyaksikan Rozaimi Abd Rahman muncul pemain paling menyinar dengan ledakan empat gol.
Ini kemenangan pertama cukup bermakna buat skuad kendalian Ong Kim Swee yang turun dengan misi memungut tiga mata penuh selepas dikecewa pasukan pilihan Korea Selatan, 2-3 pada aksi pembukaan Sabtu lalu.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan pertama ini, tapi mengingatkan pemain supaya jangan cepat selesa. Saingan masih panjang dan kami masih ada baki tiga lagi perlawanan.


“Selepas ini kami berdepan Taiwan dan saya harap semua pemain mampu mengekalkan momentum,” kata Kim Swee yang dihubungi di Yangon, Myanmar selepas tamat perlawanan itu.

Ternyata percaturannya membuat rombakan dengan menurunkan Mohd Fadhli Shas, Gary Steven Robbart, Rozaimi dan pemain berusia 16 tahun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa bagi menggantikan Muhammad Nazmi Faiz Mansor berjaya.


“Saya gembira dengan prestasi mereka khususnya Rozaimi yang memainkan peranan penting hari ini (semalam). Kemampuan Rozaimi membuktikan kami bukan hanya bergantung kepada pemain penyerang untuk mencipta jaringan,” kata Kim Swee.



Untuk berita lanjut klik sini


Sumber : myMetro

Sunday, June 24, 2012

Tips Menghadapi Konflik



Assalamualaikum w.b.t


Konflik boleh berlaku di mana saja. Munculnya juga bermacam-macam sumbernya. Konflik terjadi lantaran adanya percanggahan antara pandangan peribadi kita dengan orang lain  termasuk 'partner' di persekitaran kita. Ini adalah tips untuk mengatasi konflik yang kita hadapi:



Bangunkan hubungan yang harmoni dengan dasar saling percaya. Berikan kesempatan kepada orang lain untuk mengenali anda apa adanya. Berusahalah lebih mengenal orang yang ada di sekitar anda dengan modal kecil - SENYUM


Hadapilah konflik atau masalahnya, jangan orangnya.
Dalam hal ini boleh menggunakancara-cara seperti menggunakan teladan yang diterapkan orang dewasa lain. Anda juga boleh cuba menyelasaikan konflik anda dengan menggunakan role play, kemudian usahakan untuk mencari pelajaran dari role play tersebut.


Hadapilah orang yang mengalami konflik dengan anda secara manusiawi, sementara masalah yang dipecahkan seadil-adilnya.


Jangan memaksa diri untuk menyelesaikan segera konflik yang anda hadapi secara tuntas. Biarkan sedikit masa untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi segala kemungkinan yang boleh terjadi.


Dengan terjadinya konflik, sebenarnya kita boleh memperoleh hubungan yang semakin baik. Persoalannya adalah apakah konflik yang terjadi tersebut kita anggap sebagai ujian atau merupakan petaka. Kalau kita mengganggap sebagai ujian, maka kita wajib menyelesaikannya secara tuntas.




Saturday, June 23, 2012

Bekas Pemain Arsenal Peluk Islam




Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.
Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.
Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.
Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.
“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.
“Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.
Sumber : Harakahdaily.net



2.6 Juta Orang Malaysia Ada Diabetes!


KUALA LUMPUR - Sejumlah 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes susulan pendedahan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, keputusan kaji selidik NHMS itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.

"Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat kepada 31 peratus dalam hanya lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan 'Ke arah Pencegahan dan Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik' di sini hari ini, Dr Hasan berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

"Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap dan berkala dan penghidap diabetes mesti mendapatkan rawatan serta penjagaan sewajarnya, misalnya mengawasi kadar gula dalam darah, mendapatkan rawatan bagi peningkatan tekanan darah, dan penjagaan kaki serta mata," katanya.

Dr Hasan berkata, langkah pencegahan adalah tindakan yang menjimatkan wang dan mengurangkan dengan banyak perkembangan penyakit itu serta komplikasinya.

Beliau menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan sektor swasta supaya membantu kementerian itu dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dengan mempromosikan kempen gaya hidup sihat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Prof Datuk Ikram Shah Ismail berkata, diabetes seharusnya dianggap sebagai isu sosial serta ekonomi dan bukannya isu kesihatan.

Beliau berharap pengamal perubatan dan semua pihak akan terus mempromosikan kesedaran mengenai diabetes untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia. - Bernama




NOTA: Banyak tu rakyat Malaysia kena diabetes. Ni musim EURO ni jaga2 sikit pemakanan waktu pagi. Jangan sampai melantak nasi sampai 2 pinggan pulak..hehehe

Thursday, June 21, 2012

Tips Menangani Stres

Assalamualaikum w.b.t


1.  Bertenang : dapat menghentikan stres di peringkat permulaan.

2.  Bernafas secara dalam : Pernafasan melalui abdomen adalah pernafasan terbaik. Bernafas dengan perlahan, panjang dan lebih dalam.

3.  Berkata : " Relaks la..." Kata- kata ini dapat membantu mententeramkan perasaan.

4.  Beribadat, berzikir dan berdoa : Dapat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.              
                 
5.  Berkongsi perasaan / masalah dengan seseorang : Kongsilah masalah atau perasaan dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan - kawan.

6.  Berurut :  Dalam keadaan stres, otot leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Urutan dapat melancarkan peredaran darah.

7.  Berehat dan mendengar muzik : Rehatkan minda dengan mendengar muzik yang lembut dan perlahan.

8.  Beriadah : lakukan aktiviti riadah yang disukai seperti berenang, berkelah, mendaki bukit / gunung atau melakukan hobi yang disukai.

9. Bersenam : bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin yang dapat mengurangkan ketegangan otot yang stres.

10. Berfikiran positif : Lihatlah kebaikan dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.


Dulu Presiden Yang Kejam, Kini Banduan Yang Lemah Terkulai



KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam dalam keadaan koma dengan disokong alat bantuan pernafasan di hospital di sini, kata sumber.
Pada masa sama ketegangan kian memuncak mengenai siapa yang akan menggantikan tempatnya sebagai presiden dan tindakan pemerintah tentera yang cuba memperluaskan kuasa mereka.

Ketidakpastian mengenai keadaan kesihatan pemimpin yang digulingkan itu dilaporkan ketika pergolakan terbaru politik tercetus dengan kedua-dua calon dalam pilihan raya presiden menuntut kemenangan dan pemerintahan Majlis Agung Angkatan Tentera (SCAF) mengisytiharkan mereka menang mudah. Hosni “tidak mati secara perubatan” kata sumber perubatan kepada media.
“Dia dalam keadaan koma dan doktor cuba untuk menyelamatkannya.

“Dia disokong dengan alat bantuan pernafasan,” kata sumber itu dalam kenyataan yang disahkan anggota majlis tentera yang memerintah Mesir kepada media. Stesen televisyen Mesir melaporkan Hosni berada dalam “keadaan koma dan belum mati secara perubatan.” Agensi berita kerajaan MENA sebelum itu berkata pemimpin berkenaan diisytiharkan mati selepas diserang strok dalam penjara sebelum dipindahkan ke hospital. - AFP

sumber : myMetro

Nota : Kita perlu sedar bahawa orang yang zalim tidak akan kekal atas kekuasaannya di dunia. Lihat sahaja bagaimana Hosni Mubarak menzalimi rakyat Mesir kini menerima balasan dari Allah s.w.t. Bukan sahaja kena angin ahmar tapi kini koma terkulai lemah. Ingat doa orang yang dizalimi amat dimakbulkan!!

Wednesday, June 20, 2012

Kekejaman ke atas orang Islam Rohingya di Myanmar : Baca & Sebarkan



Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian. 


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.


Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


 Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha. 
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM


Sumber : IKRAM

Tuesday, June 19, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera


Lama tak belek-belek blog aisyah atas kesibukan yang memang tak dapat dielakkan. Tapi hari ni ada kesempatan dan siap join lagi contest nih. Iyer la mana tau dapat di 'review'kan blog yang tak seberapa nih. Kalau ada rezeki dapat lak hadiah misteri??? dari Aisyah. Untung sabut timbut, untung batu tenggelam. Kan..kan..kan. Sesapa nak join boley la klih banner di atas. Aku dak sediakan pautan. Di bawah ni syarat wajibul (wajib + timbul)  wajib untuk yang nak join..=)

syarat wajib:

*blogger malaysia
*follower blog Aisyah Humaira' (walaupun terpaksa sebab ni kan segmen follower niera..hihi)
*Like fanpage niera *buat entry bertajuk Segmen : Follower Pilihan Niera 
*letak banner dan linkkan ke entri tersebut
*letak link entri anda dalam kotak komen

p/s:
tarikh akhir : 22 JUN 2012 

Berbekam

Assalamualaikum w.b.t

sumbangan Mr.Google
Semalam aku dah merasai sekali lagi pengalaman berbekam. Mungkin di luar sana masih lagi banyak yang tidak pernah merasai pengalaman berbekam. Walaupun ia dilihat seperti menyakitkan namun sebenarnya ia tidaklah sesakit mana. Hanya ibarat gigitan semut! Berbekam ni bukan sahaja dapat mengubati penyakit
( Thomas Anderson menyatakan 100 penyakit dapat disembuhkan dalam buku yang berjudul 100 diseases Treated by Cupping Method) malah bekam juga merupakan amalan Rasulullah s.a.w.




Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :  


الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)



Bila waktu yang sesuai??


Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21." (HR Ahmad).


Kebaikan Berbekam??


1) Membersihkan darah
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah
3) Untuk penyakit mata dan rabun
4) Untuk hilangkan kejang-kejang dan luka dalaman otot
5) Mengatasi gangguan tekanan darah
6) Menghilangkan sakit bahu dan dada.
7) Mengatasi keracunan


Titik bekam






















































Sunday, June 17, 2012

Dok syok peluk-peluk, sekali kena cekup daa!!

Dicekup ketika sedang berpelukan
Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan
berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.
DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.
 
Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.
 
Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit.



Sumber : Kosmo (12/6/2012)


Nota : Entah la..terkedu aku. Memang la cinta tu buta tapi ni dah buta isi hati sekali. Pelik gak berkenan kat penagih dadah macam lelaki lain tak ada dah. Pupus sudah ke lelaki yang baik-baik ???

7 Kenangan Terindah Zaman Kanak-Kanak Aku: Permainan

Assalamualaikum w.b.t


Semalam tetiba aku dapat call dari kawan lama aku yang no dia pun aku tak simpan. Lost contact..=(. Tapi bila dia sebut je nama, aku terus jer ingat. Kuat gak RAM aku..hahaha. Dia kata dia ada kat Sg.Petani dan kebetulan aku pun baru jer balik ke sini untuk continue my last semester. Apa lagi borak sakan la aku ngn dia dan beberapa orang rakan yang lain. Dok sembang tu, terflash back kenangan lalu masa zaman bebudak. Ni saja je aku letak 7, aku tambah sikit;

1. Tuju kasut                                                            











2. Kad tepuk



3. Mesin mainan



4. Polis sentri (tapi besaq tak jadi polis pun..hehehe. Tapi mujuq tak jadi pencuri!)



5. Main pemadam                                                        
         


Boleh penuh satu beg plastik minumam kalau hebat main







6. Bola kertas





Permainan ni memang popular khususnya bila musim EURO dan World Cup. Layan abis dengan team pilihan!





7. Main tudung tin





Yeah!!!..game ni aku paling hebat (muka riak skit..muahahaha)















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...