Assalamualaikum w.b.t
1. Bertenang : dapat menghentikan stres di peringkat permulaan.
2. Bernafas secara dalam : Pernafasan melalui abdomen adalah pernafasan terbaik. Bernafas dengan perlahan, panjang dan lebih dalam.
3. Berkata : " Relaks la..." Kata- kata ini dapat membantu mententeramkan perasaan.
4. Beribadat, berzikir dan berdoa : Dapat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
5. Berkongsi perasaan / masalah dengan seseorang : Kongsilah masalah atau perasaan dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan - kawan.
6. Berurut : Dalam keadaan stres, otot leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Urutan dapat melancarkan peredaran darah.
7. Berehat dan mendengar muzik : Rehatkan minda dengan mendengar muzik yang lembut dan perlahan.
8. Beriadah : lakukan aktiviti riadah yang disukai seperti berenang, berkelah, mendaki bukit / gunung atau melakukan hobi yang disukai.
9. Bersenam : bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin yang dapat mengurangkan ketegangan otot yang stres.
10. Berfikiran positif : Lihatlah kebaikan dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Thanks..baru tadi stress dengan rakan sekerja...
ReplyDeletetengah tarik nafas ni..hehehe
untuk diri dan rakan-rakan blogger..stres yg melampau boley bawak skit jntung..mintk dijauhkan
Delete