KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam dalam keadaan koma dengan disokong alat bantuan pernafasan di hospital di sini, kata sumber.
Pada masa sama ketegangan kian memuncak mengenai siapa yang akan menggantikan tempatnya sebagai presiden dan tindakan pemerintah tentera yang cuba memperluaskan kuasa mereka.
Ketidakpastian mengenai keadaan kesihatan pemimpin yang digulingkan itu dilaporkan ketika pergolakan terbaru politik tercetus dengan kedua-dua calon dalam pilihan raya presiden menuntut kemenangan dan pemerintahan Majlis Agung Angkatan Tentera (SCAF) mengisytiharkan mereka menang mudah. Hosni “tidak mati secara perubatan” kata sumber perubatan kepada media.
“Dia dalam keadaan koma dan doktor cuba untuk menyelamatkannya.
“Dia disokong dengan alat bantuan pernafasan,” kata sumber itu dalam kenyataan yang disahkan anggota majlis tentera yang memerintah Mesir kepada media. Stesen televisyen Mesir melaporkan Hosni berada dalam “keadaan koma dan belum mati secara perubatan.” Agensi berita kerajaan MENA sebelum itu berkata pemimpin berkenaan diisytiharkan mati selepas diserang strok dalam penjara sebelum dipindahkan ke hospital. - AFP
sumber : myMetro
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi