Carian

Saturday, June 23, 2012

2.6 Juta Orang Malaysia Ada Diabetes!


KUALA LUMPUR - Sejumlah 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes susulan pendedahan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, keputusan kaji selidik NHMS itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.

"Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat kepada 31 peratus dalam hanya lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan 'Ke arah Pencegahan dan Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik' di sini hari ini, Dr Hasan berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

"Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap dan berkala dan penghidap diabetes mesti mendapatkan rawatan serta penjagaan sewajarnya, misalnya mengawasi kadar gula dalam darah, mendapatkan rawatan bagi peningkatan tekanan darah, dan penjagaan kaki serta mata," katanya.

Dr Hasan berkata, langkah pencegahan adalah tindakan yang menjimatkan wang dan mengurangkan dengan banyak perkembangan penyakit itu serta komplikasinya.

Beliau menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan sektor swasta supaya membantu kementerian itu dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dengan mempromosikan kempen gaya hidup sihat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Prof Datuk Ikram Shah Ismail berkata, diabetes seharusnya dianggap sebagai isu sosial serta ekonomi dan bukannya isu kesihatan.

Beliau berharap pengamal perubatan dan semua pihak akan terus mempromosikan kesedaran mengenai diabetes untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia. - Bernama




NOTA: Banyak tu rakyat Malaysia kena diabetes. Ni musim EURO ni jaga2 sikit pemakanan waktu pagi. Jangan sampai melantak nasi sampai 2 pinggan pulak..hehehe

2 comments:

  1. Malaysia terlau mewah dengan makanan.. Tu yang semua melantak tak hengat duhnia sampai kena Diabetis.. Adehhh.. -_-#

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegang prinsip ni..'Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan'..=)

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...