Carian

Monday, April 30, 2012

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk


Assalamualaikum w.b.t

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Selain itu, ayat 14 dalam surah Al-Mulk mempunyai kelebihan iaitu :


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.



NOTA : Bolehlah diamalkan dalam hidup kita seharian. Faham-faham la sekarang ni orang jahat bersepah. Moga hidup kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t
.



8 comments:

  1. Assalamualaikum..maaf..nk tnye..berkenaan ayat 14 dan fadhilatnya, apa sumbernya ya? Ada hadis yg mengatakan sedemikian..maaf skali lg krn sy x pernah tau ttg kelebihan ayat 14 tersebut.mgkin kerana ilmu yg cetek.minta disertakan sumbernya ya? Berkenaan hadis yg mengatakan rasulullah SAWtakkan tidur sebelum membaca almulk dan assajadah..minta dituliskan sanad(perawi) hadisnya sekali agar boleh dijadikan rujukan org lain..jzkk..assalamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..maaf..nk tnye..berkenaan ayat 14 dan fadhilatnya, apa sumbernya ya? Ada hadis yg mengatakan sedemikian ke?..maaf skali lg krn sy x pernah tau ttg kelebihan ayat 14 tersebut.mgkin kerana ilmu sy yg cetek.minta disertakan sumbernya ya? Berkenaan hadis yg mengatakan rasulullah SAW takkan tidur sebelum membaca almulk dan assajadah..minta dituliskan sanad(perawi) hadisnya sekali agar boleh dijadikan rujukan org lain..jzkk..assalamualaikum..

      Delete
    2. Waalaikumussalam..maaf lambat beri respons sebab bru je berblogging balik..mengenai ayat ke-14 tersebut, hanyalah untuk dijadikan amalan dan supaya mudah dihafal shj. Namun, jika berpeluang bacalah keseluruhan suran seperti mana hadis di bawah:

      Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

      dan seterusnya mengenai amalan Rasulullah s.a.w sebelum tidur:

      Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata:
      “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

      Delete
  2. semua orang islam yg benar2 beriman sedia tahu yg Quran itu adalah mukjizat yg paling agung.sudah tentulah ayat2 Quran itu mempunyai kelebihan dan khasiatnya yg tersendiri,jadi tidak perlulah kita nak bertanya dalil,sanad dan perawi hadis tentang khasiat sesuatu ayat Quran itu.beramal, baca je la..bukankah membaca Quran dengan hati yg ikhlas itu besar ganjarannya.

    ReplyDelete
  3. I like reading an article that will make people think. Also, thank you for permitting me to comment!서울출장샵

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...