Carian

Tuesday, June 26, 2012

Malaysia (U-22) menang 7-0. Terbaik!!!


SKUAD Bawah 22 Tahun negara (B-22) menjadikan Filipina sebagai mangsa kebangkitan apabila merekod kemenangan besar 7-0 pada perlawanan kedua Kumpulan G Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 B-22, semalam yang menyaksikan Rozaimi Abd Rahman muncul pemain paling menyinar dengan ledakan empat gol.
Ini kemenangan pertama cukup bermakna buat skuad kendalian Ong Kim Swee yang turun dengan misi memungut tiga mata penuh selepas dikecewa pasukan pilihan Korea Selatan, 2-3 pada aksi pembukaan Sabtu lalu.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan pertama ini, tapi mengingatkan pemain supaya jangan cepat selesa. Saingan masih panjang dan kami masih ada baki tiga lagi perlawanan.


“Selepas ini kami berdepan Taiwan dan saya harap semua pemain mampu mengekalkan momentum,” kata Kim Swee yang dihubungi di Yangon, Myanmar selepas tamat perlawanan itu.

Ternyata percaturannya membuat rombakan dengan menurunkan Mohd Fadhli Shas, Gary Steven Robbart, Rozaimi dan pemain berusia 16 tahun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa bagi menggantikan Muhammad Nazmi Faiz Mansor berjaya.


“Saya gembira dengan prestasi mereka khususnya Rozaimi yang memainkan peranan penting hari ini (semalam). Kemampuan Rozaimi membuktikan kami bukan hanya bergantung kepada pemain penyerang untuk mencipta jaringan,” kata Kim Swee.



Untuk berita lanjut klik sini


Sumber : myMetro

4 comments:

  1. memang hebat..selamanya harimau malaya(^_^)harap-harap menang lawan taiwan nanti:)

    ReplyDelete
  2. hebatnyer!!!.....

    ReplyDelete
  3. Semoga diorang terus sukses utk perlawanan yg seterusnya..=)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...