Carian

Sunday, April 1, 2012

2OO warga Nigeria Berlagak Samseng

Antara warga Nigeria yang terlibat


KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.

SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.

Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.

Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.

Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita itu melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi. -k
osmo


NOTA : Dah la datang negara orang. Buat perangai cam kat negara sendiri. Belajaq buat cara belajaq tapi tapi buat perangai kurang ajaq. Memang patut la kena pun. Apa-apa pun syabas kat anggota Polis kerana take diz incident seriously. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...