Carian

Thursday, April 5, 2012

Proton Preve : Bergaya


PUTRAJAYA – Proton Holdings Bhd memilih “PREVE” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.
Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.
“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyat,a memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.
“Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini Rabu.
Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu keerta baharu itu sejauh 156 kilometer. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...