Carian

Saturday, April 14, 2012

Wira Tak Didendang

BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan ketika cuba mengejar dan menahan sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan di Permatang Tinggi, di sini jam 8.45 malam kelmarin.
Mangsa, Konstabel Nan Ruazlan Zulkifli, 23, dari Felda Kahang Barat, Kluang, Johor parah di kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, mangsa baru enam bulan bertugas di Balai Polis Machang Bubok dan ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya melakukan rondaan sebelum ternampak sebuah kereta Proton Saga yang mencurigakan.
“Mangsa dan seorang lagi anggota yang menaiki motosikal berasingan cuba menahan kereta berkenaan, namun pemandunya enggan berhenti cuba melarikan diri,” katanya ditemui di rumah mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini.

Menurutnya, mangsa cuba mengejar kenderaan berkenaan sehingga di hadapan Pondok Polis Permatang Tinggi sebelum pemandu kereta itu bertindak menghimpit motosikal mangsa sehingga mangsa terbabas dan terjatuh di pembahagi jalan.

“Mangsa yang gagal mengawal kenderaan terbabas dan terjatuh di pembahagi jalan sebelum dilanggar sebuah lori satu tan dari arah belakang yang gagal mengelak,” katanya.
Ayub berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mengenal pasti rumah pemandu yang melarikan diri bersama penumpang kereta terbabit di Kulim, Kedah namun kedua-duanya dipercayai sudah melarikan diri.

Sumber: myMetro



NOTA : Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...