Carian

Friday, April 13, 2012

Ibu Amal Ilmu Hitam

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang gadis melaporkan perbuatan ibunya yang didakwa mengamalkan ilmu hitam untuk memperdayakan orang ramai kepada pihak berkuasa berkemungkinan mampu menginsafkan wanita itu daripada terus bergelumang dengan dosa.

Pengasas Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim al-Azhari berkata, menjadi kewajipan seorang anak untuk membantu ibunya keluar daripada dosa kerana sudah melakukan perbuatan derhaka kepada Allah.

“Tindakan itu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia ubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu dengan lidah, sekiranya tidak mampu dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

“Mungkin dengan mendedahkan perbuatan ibunya, wanita itu dapat ditarik pulang ke pangkal jalan daripada terus melakukan dosa,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas muka depan Harian Metro kelmarin mengenai tindakan seorang gadis berusia 19 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA mengenai amalan ilmu hitam ibunya dan kini sudah menipu tujuh individu.

Nurul mendakwa dia yakin ibunya yang berusia 47 tahun itu mengamalkan ilmu hitam kerana wajah wanita boleh bertukar-tukar, kadang-kadang muda dan kadang-kadang tua selain sejak kecil melihat ibunya melakukan pemujaan di rumah ibadat bukan Islam dan menyimpan darah, kuku serta jarum dalam tiga mangkuk berasingan tersimpan di bilik yang digunakan untuk berubat. Dia turut mendakwa ibunya menggunakan al-Quran untuk menipu orang ramai dan terpaksa melaporkan perbuatan wanita itu kerana tidak sanggup lagi melihat lebih ramai individu menjadi mangsa penipuan.

Abdul Malek berkata, apa yang dikatakan wajah bertukar kadang-kadang muda dan tua itu mungkin disebabkan syaitan yang mendampingi wanita terbabit.

“Jika mengamalkan ilmu hitam, syaitan yang berdamping boleh membuatkan khayalan sehingga kita nampak wajah seseorang itu berubah-ubah,” katanya.


Menurutnya, perbuatan wanita itu menggunakan al-Quran sebagai sebahagian daripada upacara perbomohan juga secara tidak langsung menyebabkan dia menanggung dua dosa. “Pertama mempermainkan ayat suci kerana bukan ayat al-Quran yang digunakan sebaliknya mantera tertentu dalam bahasa Arab atau permulaannya saja dibaca ayat al-Quran, selebihnya mantera pemujaan,” katanya.                      

Sumber : myMetro


NOTATidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat. (SUFFIAN AS THAURI)





No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...