Carian

Tuesday, April 10, 2012

Orang Malaysia Suka Benda Percuma Tapi............

ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam.
Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang.
Gembira dapat minyak percuma tapi........


Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi.
Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini.
Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan. 


Sumber
NOTA: Hahaha....orang Malaysia memang suka benda 'percuma'...woiiii!! ada pemiliknya izinkan ker? Lepas ni jangan terkejut kalau ada kemalangan lori tepung, gula, minyak, dsb mesti licin benda-benda nih dalam masa beberapa jam..tak pelik dah rasanya tapi dah jadi budaya!!

3 comments:

  1. percuma? xtau halal haram ke? apa nak jadi dengan rakyat msia, dlu lori beras

    ReplyDelete
  2. tabiat rakyat Malaysia yg memalukan..lagi2 klu orang Islam.Klu diizinkan tak per..klu tak, konfem dosa dibawak ke mati!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...